Kesatuan Pemain Denmark Kecam Layanan Barcelona Ke Atas Braithwaite

Michael Sahl Hansen, pengarah Persatuan Pemain Denmark, mengecam keras sikap Barça terhadap penyerang Denmark, Matin Braitwaithe.

Di mana Barcelona berterusan mendesak pemain itu berambus dari kelab mereka segera.

Walaupun sudah didesak dengan pelbagai cara, Martin Braithwaite masih menjadi sebahagian daripada skuad pasukan utama FC Barcelona.

Penyerang Denmark itu kekal dengan pendiriannya untuk tidak meninggalkan Barcelona kecuali kelab itu membayar penuh pampasan gaji berdasarkan baki kontraknya.

Perkara itu tidak dapat dilakukan Barcelona. Kelab itu menawarkan Braithwaite penamatan kontra atas persetujuan bersama untuk membolehkan pemain itu menjadi ejen bebas dan bebas menyertai mana mana pasukan yang dia mahukan.

Namun penyerang Denmark itu tak mahu menerima cadangan itu. Dia malah tidak mahu mempertimbangkan sebarang tawaran yang hadir kepadanya pada ketika ini. Kerana semua tawaran yang ada adalah menawarkan gaji lebih rendah daripada apa yang dia dapat di Barcelona.

Perkara itu membuatkan Barcelona benar benar kecewa dengan sikap pemain itu.

Laporan baru-baru ini daripada Diario SPORT telah kemas kini situasi masa depan Braithwaite dan menyatakan bahawa Barcelona sedia untuk “berperang” dengan penyerang itu selepas dia enggan mempertimbangkan sebarang tawaran daripada kelab lain pada masa ini.

Selain itu, Braithwaite telah menolak beberapa tawaran yang baik kepadanya. Membuatkan kelab sangat kecewa dengan tindakan pemain itu.

Sebagai sebahagian daripada rancangan membalas dendam mereka, Barcelona sedang mempertimbangkan untuk menamatkan kontrak Braithwaite pada hari terakhir jendela perpindahan, kerana ia akan menyukarkannya untuk mencari mana-mana kelab lain selepas itu.

Situasi Braithwaite di Barca menarik perhatian daripada negaranya. Di mana Michael Sahl Hansen, pengarah Persatuan Pemain Denmark, mengkritik keras Barça mengenai cara mereka melayan pemain itu.

Hansen berkata: “Layanan yang diterima Martin benar-benar tidak munasabah. Sesuatu yang mungkin berlaku di antara intimidasi dan gangguan. Sungguh memalukan bagaimana FC Barcelona cuba untuk mengeluarkannya daripada kontraknya, daripada pekerjaannya. Seorang pemain yang datang menyelamatkannya apabila mereka didesak kini dipandang hina. Di manakah kesopanan mereka?”

Selain itu, Hansen percaya bahawa Barça harus menghormati kontraknya. “Kontrak adalah kontrak dan FC Barcelona dan Martin bersetuju untuk dua tahun lagi. Martin mesti terus memenuhi bahagian perjanjiannya. Dan begitu juga dengan FC Barcelona. Selain itu, ia sepadan dengan salah satu kelab terbesar di dunian untuk melayan pemain mereka dengan lebih rasa hormat,” katanya lagi.

Baca yang lain