Aksi antara Newcastle dan Liverpool rancak dan permainan terbuka. Ketika Liverpool menjangkakan mereka sudah boleh membawa pulang 3 mata, kesilapan Kelleher membolehkan Newcastle menyamakan kedudukan pada minit terakhir permainan.
Pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool turun berkunjung ke St James’ Park untuk aksi EPL.
Dan pasukan tuan rumah memulakan perlawanan dengan baik sekali. Newcastle mendahului Liverpool 2 kali dalam perlawanan ini.
Aleksander Isak mencetak gol pembukaan minit ke-35 perlawanan.
Namun disamakan oleh Curtis Jones yang terus menunjukkan impaknya di bawah Arne Slot.
Tuan rumah sekali lagi di hadapan menerusi Anthony Gordon yang cemerlang sepanjang perlawanan ini. Sekali lagi Liverpool menyamakan kedudukan pada minit ke-68 menerusi Mohamed Salah.
Pemain Mesir itu kemudian melakukan satu kawalan bola dengan putaran licik, untuk merembat masuk menewaskan Nick Pope pada minit ke-83.
A new @premierleague record 🇪🇬👑 pic.twitter.com/kMrWDKwCG8
— Liverpool FC (@LFC) December 4, 2024
Namun pada minit akhir perlawanan, minit ke-90, Kelleher yang menganggap tiada pemain Newcastle di far post telah membiarkan bola yang melintasinya, kemudian Schar muncul dan menampan bola masuk minit ke-90.
Tamat perlawanan, Newcastle 3 Liverpool 3. Skuad Arne Slot kini 7 mata di atas Chelsea dan Arsenal yang terikat mata di tangga kedua dan ketiga.