Ketegangan Politik, FIFA Didesak Tendang Iran Dari Piala Dunia 2002, Ukraine Sebagai Pengganti

Ketegangan politik di Iran kian membara. Dan  FIFA didesak untuk menggantikan pasukan kebangsaan Iran dengan pasukan kebangsaan Ukraine sebagai peserta Piala Dunia 2022 berikutan konflik politik yang berlaku.

Cadangan itu atas faktor kemanusiaan. Kerana Ukraine menurut mereka lebih layak bermain di Piala Dunia 2022 berbanding Iran. Ini kerana Iran dituduh sebagai pembekal senjata kepada Rusia untuk menyerang Ukraine.

Pasukan kebangsaan Iran berada dalam Kumpulan B pada Piala Dunia 2022 di Qatar, 20-18 November.

Mereka akan menentang England, Amerika Syarikat dan Wales dalam peringkat kumpulan kejohanan bola sepak paling berprestij di dunia itu.

Bagaimanapun, langkah pasukan kebangsaan Iran dicemari skandal politik di negara mereka pada ketika ini.

Tekanan untuk melucutkan kelayakan pasukan kebangsaan Iran turut timbul daripada pelbagai pihak. Ini bukan pertama kali Iran mendapat tekanan agar mereka disingkirkan daripada Piala Dunia 2022.

Beberapa bulan lalu, sudah ada pihak yang mencadangkan agar Iran dikeluarkan dan digantikan dengan negara seperti Itali.

Kini idea untuk menyingkirkan Iran sebelum sepak mula Piala Dunia 2022, telah muncul kembali.

Palkin mahu Iran ditendang

Salah seorang yang mencadangkan idea itu ialah kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk.

Dipetik daripada The Telegraph, Ketua Pegawai Eksekutif Shakhtar Donetsk, Serge Palkin, meminta FIFA menggantikan pasukan kebangsaan Iran dengan Ukraine sebagai peserta.

Sebabnya ialah pasukan kebangsaan Iran terlibat dalam pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine. Jadi dia mendesak agar FIFA mengenakan hukuman yang sama ke atas Iran sebagaimana mereka hukum Rusia.

Rusia digantung daripada Piala Dunia dan kejohanan FIFA yang lain. Di peringkat UEFA, kelab kelab mereka dilarang untuk bertanding di pentas pertandingan di bawah UEFA.

Palkin menuduh Rusia menyerang Ukraine dengan senjata yang dihantar oleh kerajaan Iran.

“Apabila pemimpin Iran berseronok menonton pasukan kebangsaan mereka di Piala Dunia, rakyat Ukraine akan dibunuh oleh dron dan peluru berpandu dari Iran,” kata Palkin.

“Hampir 250 dron telah pun menyerang bandar di Ukraine. Semuanya dihasilkan dan dihantar oleh pihak berkuasa dan pengajar Iran.”

“Tentera mereka juga melatih dan menganjurkan pelancaran dron yang memusnahkan rumah, muzium, universiti, pejabat, arena sukan dan taman permainan, serta orang awam.”

“Orang awam ini termasuk kanak-kanak yang bermimpi bermain untuk pasukan kebangsaan Ukraine di Piala Dunia,” kata Palkin.

Ini membuatkan Palkin tidak teragak-agak untuk mengemukakan cadangan supaya FIFA memasukkan Ukraine sebagai pengganti kepada pasukan kebangsaan Iran.

“Shakhtar Donetsk menyeru FIFA dan masyarakat antarabangsa untuk mengharamkan penyertaan Iran dalam Piala Dunia 2022 kerana penyertaan negara mereka dalam serangan pengganas di Ukraine,” Palkin menyambung.

“Keputusan ini akan adil dan menarik perhatian dunia kepada rejim yang membunuh rakyatnya sendiri dan membantu membunuh rakyat Ukraine.”

“Tempat kosong Iran harus diberikan kepada Ukraine yang telah membuktikan kelayakan mereka untuk Piala Dunia dengan bermain dengan sepenuh hati.”

“Keputusan ini adalah adil dari segi sejarah dan mengambil kira faktor sukan.”

Pasukan kebangsaan Ukraine gagal melayakkan diri ke Piala Dunia selepas tewas kepada Wales pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 di zon Eropah. Mereka tewas 0-1 kepada Wales pada perlawanan Jun 2022.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di