Sekarang ni semua orang tengah risau tentang ketiadaan Fabinho. Pemain defensive midfielder tersebut disahkan mengalami kecederaan pada bahagian buku lali ketika aksi Liga juara-juara Eropah menentang pasukan Napoli.
Fabinho could miss 4-6 weeks. @DominicKing_DM https://t.co/p5e9RFB5li
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) November 28, 2019
Bagi saya apa yang penting ketika ini adalah Fabinho fokus kepada proses rawatan dan juga rehabilitasi.
Tidak perlu untuk memikirkan mahu segera kembali ke dalam pasukan dalam masa terdekat.
Liverpool memiliki squad depth yang baik untuk menampung kehilangan pemain-pemain di bahagian tertentu.
Misalnya Fabinho, kita memiliki pilihan pemain untuk mengisi posisi tersebut seperti James milner, Jordan Henderson, Gini wijnaldum dan juga pemain yang sudah beberapa kali diarahkan bermain di posisi nombor enam iaitu Adam lallana.
Saya akui hilang and Fabinho ini mungkin akan memberikan kesan kepada pasukan Liverpool. Saya katakan mungkin. Maksudnya dalam kemungkinan yang lain Mungkin ia akan sebaliknya di mana ada pemain yang boleh manfaatkan peluang untuk menyerlahkan diri mereka.
Mungkin ini peluang Naby Keita dan Chamberlain mendapatkan peluang lebih banyak dalam pasukan apabila berlaku shift and switch dalam pemposisian pemain.
Jika ada impak sekalipun, rasanya tidak terlalu besar kerana kita percaya pemain-pemain yang ada memiliki kualiti untuk mengisi ketiadaan beliau.
Sebelum ini kita pernah kehilangan Alison dalam beberapa perlawanan awal musim ini.
Kita tetap memiliki kerisauan yang sama sebab kita merasakan pemain seperti alisson adalah pemain yang penting bagi sistem permainan. Ia ditambah lagi dengan kehilangan Simon Mignolet yang baru sahaja berpindah ke pasukan lain ketika itu.
Kau pula tak pernah pernah dengar nama Adrian ni.
Kehadiran Adrian menggantikan beliau telah membuktikan bahawa pasukan ini lebih daripada sekadar bergantung kepada seorang pemain.
Kita kehilangan aspek seperti ball playing. Namun begitu jurgen Klopp tetap memiliki cara beliau tersendiri bersama dengan kejurulatihannya untuk memastikan pemain-pemain lain juga mengimbangi kelemahan ini.
Korang pasti tahu gambar ni kan. Setiap tahun meme ni keluar kerana team kita selalu cedera pemain. Dan pasukan Klopp ini membuktikan mereka memang lain macam sikit.
Sebab itulah beliau bergurau tentang Adrian yang dilihat cuba untuk menjadi Alisson selepas beraksi cemerlang dalam aksi berhadapan dengan Southampton. dan kesilapan itu telah menyebabkan Liverpool bolos.
mesej jelas adalah Adrian tidak perlu untuk menjadi Alisson kerana beliau ada cara tersendiri untuk bermain di dalam pasukan ini.
Musim lalu kita kehilangan Mohamed Salah dalam perlawanan penting berhadapan dengan Barcelo. Dan begitu juga ketiadaan Roberto Firmino yang dianggap sebagai pemain sistem. masa itu kita ketinggalan 3 gol di belakang secara agregat berhadapan dengan Barcelona.
tidak cukup dengan itu ketika perlawanan berlangsung Andrew robertson pula cedera dan terpaksa dikeluarkan terus pada separuh masa kedua.
Namun pasukan Liverpool di bawah kendalian jurgen Klopp ini sentiasa membuktikan bahawa mereka mampu untuk menampung ketiadaan rakan-rakan mereka secara kolektif.
Itulah penting pasukan yang memiliki barisan pemain di bangku simpanan yang baik. Dan sebenarnya kita memiliki aspek tersebut.
Kecederaan dan penggantungan adalah 2 perkara yang menjadi sebahagian daripada bola sepak. Dan sebab itu pasukan mendaftarkan 25 pemain semusim. Sebab itu Klopp tak pernah nak rush pemain dia untuk kembali beraksi apabila cedera. Suruh mereka benar benar recover dahulu.
Fokus kepada recovery tu lagi penting daripada memikirkan isu bola sepak. Mereka manusia. Cedera tu bukan benda yang boleh dibuat main.
Jika pasukan Kita gagal mendapatkan keputusan yang terbaik atau pun Kalau selepas ini adalah tidak adil untuk menyatakan ia kerana kita kehilangan pemain seperti Fabinho.
Ini kerana kita perlu yakin dengan kemampuan main permain kita yang lain.
Semoga cepat sembuh Fabinho.
Kau tengok Fabinho tenang je main susun puzzle dengan bini dan anak dia.