[VIDEO] Buat Ketiga Kalinya, James Skor Gol Sulung Liga Bawah Ancelotti Dan Dilempang Gibbs

James Rodriguez sudah bermain di beberapa buah liga. Namun yang menariknya dalam 3 gol sulung beliau di tiga buah liga, ianya adalah di bawah kendalian Ancelotti.

Kali ini James membuka akaun gol di EPL bersama Everton. Beliau menerima bola daripada Richarlison di zon 14 dan terus merembat masuk dari luar kotak penalti.

Ianua tipikal golazo daripada James Rodriguez.

West Brom bermula baik dengan menjaringkan gol awal menerusi Diangana.

Everton bangkit menyamakan kedudukan menerusi Calvert Lewin yang terus cemerlang di bawah Ancelotti.

James kemudian meletakkan Everton di hadapan pada minit ke-45.

Gol yang cantik untuk pemain yang baru ditandatangani Everton daripada Real Madrid baru baru ini.

 

West Brom bertukar daripada permulaan yang baik kepada pengakhiran yang teruk pada separuh masa pertama.

Ini apabila selepas ketinggalan, mereka dikurangkan pula kepada 10 pemain selepas Kieran Gibbs melempang James Rodriguez.

Kad merah!

Bukan itu sahaja, West Brom semakin malang apabila pengurus mereka Slaven Bilic dibuang padang selepas wisel penamat kerana protesnya kepada pengadil.

James ke EPL

James Rodriguez sebelum ini secara rasmi meninggalkan Real Madrid. Pemain tengah Colombia telah diumumkan sebagai pemain Everton yang baru.

Rodriguez sebelum ini memang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Everton terutama sekali hubungannya dengan Ancelotti yang sangat baik.

Carlo Ancelotti sangat inginkan beliau datang Everton. Dan James mengakui bahawa pengurus dari Itali itu memainkan peranan penting dalam keputusan Rodriguez ke Everton.

Pemain berusia 29 tahun itu bukan lagi sebahagian dari rancangan Real Madrid, yang kini kembali dikendalikan oleh Zinedine Zidane.

Beliau sudah lama tidak mendapat tempat dalam pasukan Zidane. Bahkan sebelum Zidane meletak jawatan dahulu pun beliau sudah gagal menjadi pemain utama.

Musim lalu James kembali bersama Los Blancos setelah dua musim dipinjamkan di Bayern Munich, tetapi hanya membuat 14 penampilan di semua pertandingan.

Perpindahan James ke Everton hanya sekitar £22.5 juta (€25 juta).

Baca yang lain