Bola sepak tanpa penyokong memang ada kekurangannya. Namun dua pasukan Bundesliga, Wolfsburg dan Borussia Mochengladbach telah mengambil inisiatif pelik pada hari ini.
Di Wolfsburg, dalam aksi berdepan dengan Borussia Dortmund, mereka memasang rakaman audio ultras mereka dan dimainkan ketika perlawanan berlangsung.
Bagi peminat yang menyaksikan di tv, ianya kedengaran agak meriah walaupun harus diakui ianya tetap fake crowd.
Wartawan ini pula menyatakan, walaupun ia nampak idea bodoh, tetapi untuk penonton di rumah, ia agak menghidupkan atmosfera.
Wolfsburg are playing recorded crowd chanting as they take on Dortmund and despite that sounding an absolutely terrible idea, for the TV viewers it actually works…
Apart from when it reaches a crescendo for the third defensive throw-in by the corner flag in a row.— Tristan Cork BLive (@TristanCorkPost) May 23, 2020
Paling menarik, pengurus audio tersebut bijak untuk memasang crowd berdasarkan situasi di atas padang.
Sementara itu di Mochengladbach, mereka meletakkan kadbod terdiri daripada gambar penyokong mereka di dalam stadium.
Dilaporkan sbeanyak 13,000 kadbod diletakkan di dalam stadium dan atas permintaan penyokong mereka.
Anyone watching the mönchengladbach game don't forget to keep an eye out for Harold Shipman, Fred West and Purple Aki in the crowd 😂 #Bundesliga pic.twitter.com/x6jamwcUfy
— Curt@KustomApparel (@kustomApparel) May 23, 2020
Ada yang menganggap ia seperti crowd dalam permainan FIFA dan PES. Kerana apabila kamera dari atas ianya memang nampak begitu.
shows well on TV- really good idea in the short term. how about a supporters group soundtrack now? https://t.co/RpPPj0vVLY
— Stu Holden (@stuholden) May 23, 2020
Walaupun ramai yang tidak suka dengan idea ini. Tetapi ramai juga yang menghargai usaha daripada kedua dua pasukan untuk mencipta atmosfera bola sepak. Ini semua hanyalah sementara menurut mereka.
Bundesliga, sudah pastinya tidak membenarkan penyokong masuk ke stadium ketika aksi bersambung semula.