Ketika Ini Wolfsburg Guna Fake Crowd, Gladbach Letak Kadbod Penyokong

Bola sepak tanpa penyokong memang ada kekurangannya. Namun dua pasukan Bundesliga, Wolfsburg dan Borussia Mochengladbach telah mengambil inisiatif pelik pada hari ini.

Di Wolfsburg, dalam aksi berdepan dengan Borussia Dortmund, mereka memasang rakaman audio ultras mereka dan dimainkan ketika perlawanan berlangsung.

Bagi peminat yang menyaksikan di tv, ianya kedengaran agak meriah walaupun harus diakui ianya tetap fake crowd.

Wartawan ini pula menyatakan, walaupun ia nampak idea bodoh, tetapi untuk penonton di rumah, ia agak menghidupkan atmosfera.

Paling menarik, pengurus audio tersebut bijak untuk memasang crowd berdasarkan situasi di atas padang.

Sementara itu di  Mochengladbach, mereka meletakkan kadbod terdiri daripada gambar penyokong mereka di dalam stadium.

Dilaporkan sbeanyak 13,000 kadbod diletakkan di dalam stadium dan atas permintaan penyokong mereka.

Ada yang menganggap ia seperti crowd dalam permainan  FIFA dan PES. Kerana apabila kamera dari atas ianya memang nampak begitu.

Walaupun ramai yang tidak suka dengan idea ini. Tetapi ramai juga yang menghargai usaha daripada kedua dua pasukan untuk mencipta atmosfera bola sepak. Ini semua hanyalah sementara menurut mereka.

Bundesliga, sudah pastinya tidak membenarkan penyokong masuk ke stadium ketika aksi bersambung semula.

 

Baca yang lain