Inilah era yang memberikan harapan dan kegembiraan kepada penyokong Newcastle United sebelum kedatangan duit minyak dari Arab Saudi.
Newcastle Utd 95/96 pic.twitter.com/GADpStoklP
— My Greatest 11 (@MyGreatest11) September 23, 2021
Newcastle musim 1995/96 meletakkan satu tanda aras yang hebat dalam bola sepak Inggeris ketika itu, memainkan bola sepak yang menghiburkan sehingga diberi gelaran sebagai ‘The Entertainers’.
Pada pertengahan 90an, pemain-pemain seperti Peter Beardsley, Les Ferdinand, dan David Ginola memberi sinar yang cerah di St James Park dengan semangat dan emosi.
Dalam kedudukan terbaik selepas 1927.
Pada bulan Januari 1996, Newcastle United dalam kedudukan selesa di puncak liga dengan 12 mata, meninggalkan pasukan di bawah seperti Liverpool dan Manchester United.
Sir Alex Ferguson’s Manchester United were 12 points behind a very good Newcastle United in 95/96.
Did SAF ‘concede’ the title? No.
We went on to win the PL and FA Cup with guts, desire and determination without any excuses.
That’s the sign of greatness and not mediocrity.👍 pic.twitter.com/07So7BncWz
— WHF!🇾🇪 (@UtdWesleyy) February 13, 2021
Perlawanan liga masih lagi berbaki 15 perlawanan dan mereka sudah disebut-sebut sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan liga musim itu.
Kevin Keegan melakukan satu perkara yang menakjubkan sepanjang bersama Newcastle.
Tiga musim yang lepas, mereka baru sahaja dipromosi ke saingan Premier League dan kini pasukan dalam kedudukan terbaik untuk meraih sesuatu di dalam sejarah bola sepak kelab.
Begitulah bola sepak, dan ada ketikanya tak semua yang diinginkan itu akan anda dapat.
Pesaing dan penghalang Keegan dalam membawa Newcastle menjuarai liga kali ini adalah Sir Alex Ferguson, lelaki yang sangat mahir dalam permainan minda.
Berbeza dengan Newcastle, musim itu skuad Manchester United sedang melalui fasa yang sangat mencabar.
Sebelum bermula musim, Ferguson telah menjual beberapa orang pemain utama untuk sejumlah harga tetapi langsung tidak membelanjakan wang tersebut untuk membawa masuk pemain bagus sebagai pengganti.
Pengurus asal Scotland itu lebih memilih untuk memenuhi kuota skuad dengan pemain-pemain muda dari akademi.
#OTD in 1995:
We beat Manchester United 3-1 on the opening day of the 95/96 season, thanks to goals from @IanTaylor7, Mark Draper & Dwight Yorke (pen). #AVFCpic.twitter.com/KAQdZcCxqg— AVFC Archive (@AvfcArchive) August 19, 2020
Hari pembukaan liga, Manchester United kalah kepada Aston Villa dengan keputusan 3-1. Kritikan demi kritikan diberikan kepada Ferguson dan sudah ada ura-ura mengatakan bahawa beliau akan dipecat.
Ketika itu juga terbit satu frasa yang cukup terkenal dari mulut pengulas BBC iaitu Alan Hansen.
“Anda tidak boleh menang sesuatu dengan kanak-kanak”.
Bermula fasa kejatuhan.
Menuju ke bulan Februari, Newcastle berada di puncak liga dengan selesa berkelebihan 11 mata di atas Manchester United.
Selepas itu, dalam 8 perlawanan kemudian, Newcastle kalah 5 kali dan seri 1 kali. Itu termasuklah dengan perlawanan ketika Red Devils mengalahkam mereka di St James Park hasil jaringan Eric Cantona.
Newcastle 95/96
Points ahead: 10
Games to go: 19
Final Position: 2nd. Newcastle lost 5 in 8 between February and April! Goes down in History for the infamous rant pic.twitter.com/xR4Kqf5Wm6— O (@Joh_nnos) December 18, 2017
Masuk bulan April, tiada lagi kelebihan dan jurang mata yang besar. Newcastle ketika itu tiga mata di belakang Manchester United tetapi masih ada 2 perlawanan di dalam tangan.
Perlawanan seterusnya akan mempertemukan mereka dengan Liverpool. Ini perlawanan yang sangat penting dan dikenali sebagai ‘match of the decade’. Newcastle mengawal nasib mereka sendiri.
Seperti yang diberitahu tadi, tak semua benda yang anda harapkan akan berlaku.
Liverpool menewaskan mereka dengan keputusan 4-3 dengan Stan Collymore menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan.
Kekalahan seterusnya kepada Blackburn Rovers meletakkan Newcastle kekal tiga mata di belakang Manchester United tetapi tiada lagi baki perlawanan di dalam tangan.
Sebulan lagi tempoh liga sebelum tamat, Manchester United adalah pendahulu liga tetapi tidak boleh melakukan sebarang kesilapan memandangkan Newcastle juga sedang mengekori rapat dari belakang.
Di saat genting ini, Manchester United tiba-tiba hilang punca seketika. Mereka kalah 3-1 di tangan Southampton. Agak jelas kemarahan di muka Ferguson selepas ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama sehinggakan meminta pasukan bermain dengan jersi yang berbeza semasa separuh masa kedua.
Fergie mulakan serangan psikologi.
Di sinilah kemuncak kepada segala perseteruan. Ferguson mula melancarkan serangan psikologi kepada Keegan.
Selepas melalui perlawanan yang sukar dalam kemenangan 1-0 ke atas Leeds United, Ferguson ketika sidang media memberitahu bahawa Leeds United hanya bersungguh-sungguh jika bertemu Manchester United dan bermain buruk semasa melawan pasukan lain.
Dalam fikiran Ferguson, beliau cuba memotivasi pemain Leeds yang akan bertemu Newcastle dalam perlawan seterusnya.
Dan ketika itu, Keegan pun jadi hilang punca, termakan dengan permainan minda Ferguson.
#OnThisDay in 1996…
Kevin Keegan produced his famous rant about Sir Alex Ferguson and Manchester United pic.twitter.com/913iPGhUdC
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) April 29, 2021
Dalam temuramah selepas menang ke atas Leeds 1-0, Keegan menyerang Ferguson secara terbuka.
Ia berlawanan dengan sikapnya sendiri yang terkenal sebagai seorang pengurus dengan tingkah laku yang baik dan tenang.
“Aku cakap jujur, aku sangat suka kalau kita kalahkan mereka”.
Tergelincir dan hilang segalanya.
Tapi di akhirnya, mereka gagal juga. Newcastle seri dalam dua baki perlawanan akhir menentang Nottingham Forest dan Tottenham Hotspur manakala Manchester United pula menang dengan selesa.
“What it proved to me was that Alex would do anything to win, whereas the same couldn’t be said of me… it was maybe why he won so much as a manager and I didn’t.”
– Kevin Keegan on Sir Alex Ferguson’s “mind games” which, ultimately, led to his “love it” rant #OnThisDay in 1996 pic.twitter.com/RJeHUuf4H5
— 𝐓𝐇𝐄 𝐑𝐎𝐓𝐇𝐌𝐀𝐍𝐒 𝐘𝐄𝐀𝐑𝐒 (@RothmansYears) April 29, 2021
Dari 12 mata di hadapan pada bulan Januari, Newcastle kalah kejuaraan liga dengan 4 mata pada bulan Mei.
Teres-teres di St James Park masih dipenuhi dengan penyokong yang memberikan tepukan dan penghargaan kepada musim mereka, nampak penuh beremosi dan bercampur baur perasaan.
Mereka di Newcastle ketika itu percaya bahawa mereka boleh memenangi liga sejak kali terakhir pada tahun 1927.
Skuad Newcastle United musim 1995/96 di bawah Kevin Keegan kekal menjadi antara pasukan terbaik liga yang gagal memenangi trofi Premier League.