Ketua Yakuza Kaido Kai Menjadi Kepala Yakuza Pertama Dihukum Mati

Ketua gangster ataupun Yakuza yang sangat berkuasa di Jepun telah dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Jepun. Sekaligus menjadikan ini adalah kes pertama, hukuman mati ke atas ketua Yakuza.

Jepun merupakan salah satu negara yang sangat sedikit rekod perundangan mereka menghantar pesalah ke tali gantung. Namun untuk kes ini, hakim merasakan ianya adalah hukuman yang paling adil.

Yakuza ni adalah mafia di Jepun. Mereka telah banyak mempengaruhi struktur ekonomi, politik dan sosial di Jepun.

Tidak seperti mafia Itali, ataupun kongsi gelap di China, Yakuza bukan persatuan yang haram di Jepun, dan pada masa lalu telah ditoleransi sebagai ‘kejahatan yang diperlukan’ di negara matahari terbit itu.

Mereka malah persatuan berdaftar dan ada ibu pejabat yang turut dilindungi polis.

Nomura Satoru yang berusia 74 tahun didapati bersalah memerintahkan empat serangan ganas, salah satunya menyaksikan mangsa mati, seperti yang dibacakan oleh mahkamah di Fukuoko.

Dia menolak pembabitannya dalam serangan itu, dan setelah hukuman itu mengeluarkan ancaman berbaur sindiran kepada mahkamah, dengan mengatakan, ‘Saya meminta keputusan yang adil … atau anda akan menyesali keputusan ini seumur hidup ini.’

Polis dan petugas keselamatan melakukan kawalan ketat ketika perbicaraan dilangsungkan.

Serangan itu, yang berlaku antara tahun 1998 dan 2014, termasuk penembakan maut bekas ketua koperasi nelayan, serta serangan dengan pisau dan samurai ke atas anggota keluarga mangsa pembunuhan tersebut. Selain daripada membunuh seorang jururawat yang merawat Nomura serta seorang pegawai polis yang menyiasat mereka ketika itu.

Dia juga cuba membunuh seorang detektif yang menyiasat kes mereka pada masa itu.

Pendakwa raya berhujah bahawa walaupun mereka tidak mempunyai bukti secara langsung untuk menghubungkan Nomura dengan serangan itu, sebagai ketua sindiket Kudo-kai yang kuat, dia bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan kumpulan itu.

Seorang hakim mengatakan tindakan Nomura ‘sangat keji,’ sebelum menghantar ketua mafia ini ke tali gantung.

Keputusan itu dikeluarkan sejurus selepas komando kedua Nomura, Fumio Tanoue, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana turut berperanan dalam serangan berdarah tersebut.

Jadi, hukuman mati ke atas Nomura membuatkan ramai penganalisis menyatakan bahawa ini bukti bahawa Jepun semakin tidak bertoleransi atau tunduk kepada mafia lagi.

Selain itu, rakyat Jepun pada hari ini semakin berani bersuara dan mendesak kerajaan mengambil hukuman tegas ke atas Yakuza. Mereka juga menyokong hukuman mati ke atas yakuza yang terlibat dalam kes jenayah bunuh.

Tahun lalu di Itali, negara itu juga memerangi Mafia secara besar besaran. Semakin ramai yang berani menolak mafia dan kongsi gelap seperti ini berbanding dengan hanya berselindung dan tunduk.

BACA JUGA:

Kenali Nicola Gratteri, Pendakwaraya Yang Mengheret Ratusan Mafia Ke Pengadilan, Nyawanya Jadi Taruhan Setiap Minit

Ingat lagi tak nama Nicola Gratteri? Pendakwaraya yang telah membuatkan lebih 320 mafia dibicarakan di Itali sebelum ini.

Gratteri mengakui perjuangannya adalah satu perperangan yang sangat dahsyat. Kerana nyawa dia dan keluarganya sentiasa dalam bahaya. Namun Gratteri tidak gentar.

Tidak ramai yang seperti Gratteri, sanggup berhadapan dengan kumpulan mafia besar di Itali. Dan ramai yang sanggup menggadaikan maruah dengan menerima rasuah ratusan ribu euro serta kemewahan – yang ditawarkan oleh mafia kepada mereka.

Tidak untuk lelaki bernama Nicola Gratteri yang berjuang untuk menghapuskan mafia di negaranya.

Gratteri mengganas lagi

Terbaru, Gratteri telah membuatkan 70 orang lagi mafia ditangkap dalam operasi anti mafia pada Khamis lalu. Bukan itu sahaja, aset aset mafia ini disita dan dirampas melibatkan nilai keseluruhan sekitar €1 billion ataupun RM4.94 billion.

Operasi kali ini melibatkan pejabat pendakwaraya Anti Mafia Kebangsaan Itali dengan kerjasama badan pencegahan anti mafia di bandar Rome, Naples, Reggio Calabria, dan Catanzaro.

Kesemua mereka yang ditahan didakwa atas kesalahan penggubahan wang haram, penipuan cukai berkaitan dengan perdagangan minyak, mengawal akhbar agar memberikan imej buruk kepada polis.

Dalam sidang media pada Khamis lalu, ketua anti mafia Catanzo dan pendakwaraya anti mafia Nicola Gratteri dalam kenyataan bersama mereka berkata, operasi ini adalah kesinambungan kepada pendakwaan besar besaran sebelum ini yang digelar ‘maxi trial’ melibatkan 325 orang mafia dari ahli kumpulan mafia terbesar ‘Ndrangheta dari wilayah Lamezia Terme, Calabria – di Selatan Itali.

Maxi trial bermula awal tahun ini. Ianya selepas siasatan yang dilakukan Gratteri sejak 2016. Pada 2019, Gratteri telah berjaya membongkar sindiket mafia yang aktif di Itali, Jerman, Switzerland dan Bulgaria.

Ia adalah perbicaraan mafia terbesar di Itali dalam tempoh lebih 30 tahun. Mereka yang berkaitan dengan mafia ini termasuk ahli perniagaan, pegawai pegawai polis, penjawat awam serta ahli politik yang berkomplot.

Pada minggu lalu, operasi turut disertai oleh polis tentera dari unit special force (ROS).

Gratteri berkata: “Operasi kali ini membuktikan sekali lagi bahawa ada sinergi yang besar di dalam kumpulan mafia ini. Dan terbaru, tangkapan kami melibatkan mereka yang ada kaitan dengan penggubahan wang haram melibatkan keluarga Mancuso.”

Mancuso merupakan keluarga mafia paling berkuasa dalam klan ‘Ndrangheta dan berasal dari pekan Calabria di Limbadi. Dan suspek utama menurut Gratteri sudah ditangkap dan menunggu untuk dibacarakan.

Gratteri tanpa berselindung menyatakan di Itali ketika ini masiha ada 3 kumpulan mafia tradisional yang sangat berpengaruh dan aktif iaitu Sicilian Cosa Nostra, Naples’ Camorra, serta Calabrian ‘Ndrangheta. 3 klan ini kemudian menjadi semakin kuat dan semakin kaya pada dekad lalu.

Europol dan polis Itali melaporkan kumpulan kumpulan mafia besar ini meluaskan lagi empayar ekonomi mereka di Itali dan eropah, dengan kejayaan mereka mengawal sindiket penyeludupan dadah dari Amerika Selatan.

Kegiata mafia di Itali memang sangat kejam. Malah ramai polis dan penguatkuasa undang undang, yang terlibat dalam siasatan dan operasi anti mafia dibunuh dengan kejam. Orang awam yang memberikan maklumat pun akan diseksa malah dibunuh juga – termasuk kanak kanak.

Pada 2014, seorang kanak kanak, Domenico ditembak mati dalam satu serangan berkumpulan oleh mafia yang tidak berpuas hati dengan ibu dan teman lelaki ibunya – yang turut terlibat dalam mafia. Ibu dan teman lelakinya itu turut dibunuh.

Pembunuhan itu jelas menunjukkan mafia moden pada hari ini dengan kod etika mafia seperti dalam filem The Godfather. Tidak ada peluang untuk kanak kanak, wanita ataupun orang awam yang tidak bersalah selamat daripada ancaman mereka. Ianya hanya berlaku pada mafia dulu dulu.

Bayangkan pada ketika itu, Domenico menjadi kanak kanak ke-80 mati di tangan mafia bersama dengan kira kira 800 orang dewasa.

Satu kes yang popular yang membawa kepada semangat anti mafia secara besar besaran di Itali apabila seorang mafia dari klan ‘Ndrangheta telah membunuh isterinya sendiri kerana wanita itu dikatakan cuba melarikan diri dari dunia mafia.

Seorang penulis buku Attilio Bolzoni berkata: “Tiada mafia baik di dunia ini. Apabila mereka nak membunuh, mereka tak kisah pun tentang apa sahaja. Mafia mana ada moral, mereka sentiasa mahu membunuh termasuk wanita dan kanak kanak.”

Terlalu banyak kes mafia di Itali sebenarnya untuk dihuraikan.

Gratteri gegar mafia di Itali

Tahun lalu, Itali telah memulakan proses membicarakan kumpulan Mafia terbesar di Itali yang menguasi dunia kongsi gelap sejak berdekad dekad lamanya iaitu ‘Ndrangheta.

Ndràngheta adalah sindiket jenayah yang berpusat di Calabria, Itali. Walaupun tidak segah mafia Sicilia, ‘Ndrangheta adalah sindiket jenayah paling kuat di Itali pada akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Organisasi ini sering dikaitkan dengan mafia Sicilia, tetapi ‘Ndrangheta sebenarnya beroperasi secara bebas, walaupun ada kontrak antara keduanya kerana jarak dekat Calabria dan Sicilia dan budaya dan bahasa yang sama.

Seorang diplomat AS pernah membongkar aktiviti mereka kepada media dan menganggarkan bahawa aktiviti penyeludupan, pemerasan dan pengubahan wang haram organisasi itu menyumbang sekurang-kurangnya 3% daripada produk domestik kasar Itali pada tahun 2010.

Sejak tahun 1950-an, organisasi ini telah meluaskan kawasan operasi ke Itali Utara dan juga seluruh dunia.

Menurut laporan Europol 2013 yang bertajuk “Penilaian Ancaman Terhadap Jenayah Terancang Itali”, ‘Ndrangheta adalah salah satu organisasi jenayah terkuat dan terkaya di dunia.

Mereka memiliki jaringan perhubungan dengan kongsi gelap lain di seluruh dunia termasuk kartel dadah di Colombia.

Ratusan defendan dipanggil

Beberapa orang ahli politik dan pegawai atasan kerajaan antara defendan dalam kes ini daripada sekurang-kurangnya 900 orang akan memberi keterangan.

Itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kerana realitinya di Itali, untuk menguatkan kuasa dan pengaruh, biasanya tokoh tokoh ini ada mafia di belakang mereka.

Proses perundangan ini berlaku di Lamezia Terme, di wilayah Calabria, di selatan Itali. Pihak berkuasa telah mewujudkan ruang mahkamah dengan kapasiti 1,000 orang dengan keselamatan yang ketat. Oleh kerana sekarang musim wabak. Maka defendan akan memberikan keterangan menerusi sidang video dari bilik khas.

Mereka yang hadir di ruang sidang memakai topeng muka dan diletakkan di sel yang telah disediakan. Mereka berada dua meter dari defendan lain.

Ini adalah perbicaraan terbesar terhadap mafia sejak 1980-an. Hampir semua defendan ditangkap pada Disember 2019 di Itali, Jerman, Switzerland dan Bulgaria berikutan siasatan besar besara dilakukan sejak 2016 di 11 wilayah di Itali.

Operasi untuk menangkap anggota mafia melibatkan kira-kira 2,500 pegawai polis. Mafia mafia yang didakwa ini berasal dari satu keluarga, Mancuso, yang mengasaskan mafia Ndrangheta, yang terkenal sebagai salah satu kumpulan penjenayah paling kuat di Itali.

Semasa proses perbicaraan baru-baru ini, pihak pendakwa memerlukan lebih dari tiga jam untuk membaca nama-nama defendan, kata agensi berita AFP.

Mereka yang didakwa termasuk ahli politik, pegawai polis dan penjawat awam negeri, yang disyaki menjadi anggota dan membantu aktiviti mafia.

Godfather Mafia turut dipanggil

Di antara defendan, yang paling terkenal ialah Luigi Mancuso (gambar), 66, yang merupakan godfather kumpulan mafia ini – dikenali sebagai “The Uncle”. Dia disyaki sebagai bos klan mafia ini. Defendan lain, hanya disebut sebagai “The Wolf”, “Fatty” dan “Blondie”.

Jumlah defendan mencapai lebih dari 400 orang apabila ditambah lagi sebanyak 92 suspek yang memilih untuk menjalani  “prosiding perbicaraan segera”.

Mereka termasuk Giancarlo Pittelli, seorang peguam dan bekas anggota senat dari Forza Italia, parti yang dipimpin oleh mantan Perdana Menteri Silvio Berlusconi.

Pittelli telah menolak tuduhan bahawa dia mengaitkan ‘Ndrangheta dengan ahli politik dan institusi rasmi seperti mahkamah.

Kumpulan ‘Ndrangheta dipercayai mengawal bekalan kokain yang memasuki Eropah dari Amerika Selatan dan wilayah lain. Kes ini dikendalikan oleh Nicola Gratteri, seorang pendakwa berusia 62 tahun, yang terkenal menangani banyak kes mafia.

Dia mendapat perlindungan polis selama lebih dari 30 tahun, untuk memastikan keselamatannya terkawal. Beliau bertekad untuk membubarkan kelompok ‘Ndrangheta, yang digambarkannya sebagai “menyeksa rakyat”.

Tetapi Profesor Varese memberi amaran bahawa perbicaraan ini bukanlah bermakna masalah mafia ini sudah selesai.

“Mungkin anggota-anggota tersebut dipenjara, tetapi juga akar masalahnya tidak ditangani, orang-orang akan membentuk kelompok baru,” kata Varese.

Tetapi dakwaan untuk beratus-ratus orang tidak hanya berkaitan dengan jenayah dadah. Terdapat juga tuduhan menjadi ahli atau terlibat dalam aktiviti mafia, pembunuhan, cubaan membunuh, pemerasan, aktiviti lintah darah, mengakses rahsia negara dan penyalahgunaan kuasa.

“Proses undang-undang menunjukkan bahawa kumpulan aktivis ‘Ndrangheta sangat berakar dalam kehidupan masyarakat,” kata Federico Varese, profesor undang-undang jenayah di University of Oxford, kepada agensi berita AFP.

“Ini juga menjelaskan mengapa jumlah defendan adalah mencecah ratusan orang,” kata Varese.

Throwback: Iaquinta dikaitkan dengan sindiket mafia ayahnya

Beberapa tahun lalu Juara Piala Dunia 2006 bersama Itali, Iaquinta pernah dikenakan pertuduhan dengan kesalahan terlibat aktiviti mafia dengan geng mafia di Calabria, ‘Ndrangheta’.

Pada 2018, Iaquinta dijatuhi hukuman penjara 2 tahun. Hakim mengurungkan 4 tahun daripada hukuman asal. Ini kerana tiada bukti kukuh Iaquinta terlibat secara langsung dengan beberapa aktiviti mafia seperti pergaduhan, serangan, pemerasan, dan jenayah serangan fizikal lain.

Namun Iaquinta tetap ada kaitan dengan kumpulan mafia tersebut. Dan tidak boleh mengelak hukuman penjara kerana kesalahannya terlalu berat iaitu memiliki senjata api haram.

Lebih daripada 140 orang diadili kerana didakwa terlibat dengan gerakan mafia terkemuka di utara Itali.

Mereka disyaki menjadi sebahagian dari ‘Ndrangheta yang berusaha untuk mengacau dan mengawal sosio politik di utara negara Itali’.

Ketika diserbu, Iaquinta disahkan memiliki revolver berkaliber Smith & Wesson 357, dan 7.65 Browning Kelt-tec, serta 126 peluru. Dan ianya tanpa lesen.

Iaquinta mendakwa bahawa senjata itu digunakan untuk menjaga rumahnya.

Iaquinta: Saya suka suka je main pistol di rumah

“Saya orang terkenal,” kata Iaquinta dalam pembelaannya pada bulan Mei 2018. “Saya membeli senjata itu untuk masa depan apabila saya berhenti bermain.”

“Saya hanya menembak suka suka di rumah sebagai hobi.”

Tetapi mahkamah mengaitkan Iaquinta dengan ayahnya, yang dilarang memiliki senjata sejak 2012, kerana terlibat dengan geng ‘Ndrangheta.

Bapa Iaquinta sendiri, Giuseppe, terbukti menjadi sebahagian daripada kumpulan itu dan telah dijatuhi hukuman penjara 19 tahun,

Ketika ditemui wartawan, Iaquinta meroyan dan marah ketika ditanya soalan.