Ketua Umum (KETUM) PSSI, Mochamad Iriawan, menegaskan agar semua pihak melupakan polemik tentang nasib jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae Yong.
Beliau berkata: “Saya bertemu secara virtual dengan Shin Tae Yong dan hanya didampingi penterjemah.”
“Inti pertemuan itu adalah kami membincangkan soal ada komunikasi yang sukar kerana Covid-19. ”
“Komunikasi menjadi tidak lancar. Namun, kami sudah sepakat untuk melupakan polemik di antara kami.”
“Beliau ingin terus membangunkan bola sepak Indonesia khususnya pasukan nasional,” ujar Iriawan.
Iriawan juga memberikan bayangan bahawa Shin Tae Yong akan terus kekal sebagai jurulatih Timnas Indonesia.
Dipetik dari laman rasni PSSI, Iriawan menyatakan beliau sudah mengadakan pertemuan virtual dengan Shin Tae Yong, Jumaat (26/6) malam.
“Saya tahu Shin Tae Yong jurulatih profesional dan hebat. Kualitinya sangat baik. Kerana itu, kami sangat menunggu kedatangan Shin kembali ke tanah air,” kata Iriawan.
Dalam kesempatan itu, Iriawan juga berusaha untuk memperbaiki hubungan Shin Tae Yong dengan PSSI. Dia menganggap perbalahan itu berlaku cuma salah faham sahaja.
Sebelumnya media Korea Selatan, Naver dan News Joins memberitakan keluhan Shin Tae Yong tentang PSSI.
Dalam berita di News Joins, jurlatih 51 tahun itu juga sempat bercerita tentang kesan kurang baik daripada sikap PSSI.
Terutama sekali berkaitan dengan Indra Sjafri yang ketika itu masih berstatus pembantunya. Indra kini sudah menjadi Pengarah Teknikal PSSI.
Pernyataan itu mendapat respons negatif dari Ketua Satgas Timnas Indonesia, Syarif Bastaman, dan Indra Sjafri.
Bastaman bahkan sempat mengancam mahu memecat jurulatih tersebut. Iriawan menegaskan beliau mahu menenangkan keadaan dan memperbaikinya.
“Saya menganggap dia sebagai adik saya. Usia saya 58 tahun, Shin Tae Yong 51 tahun. Sudah seperti adik dalam keluarga saya, kerana itu mari berkomunikasi sebagai keluarga,” kata Iriawan kepada Shin Tae Yong menurut kenyataan dari PSSI.
Meski demikian, Iriawan tetap tak mampu memenuhi keinginan jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae Yong untuk mengadakan pemusatan latihan (TC) di Korea Selatan untuk sementara ini. Ini kerana menurut beliau, keadaan tidak mengizinkan.
“Pertama, kerana Timnas U-19 yang akan dipersiapkan ke Piala Dunia U-20 2021 masih dalam proses pemilihan pemain.”
“Jadi, tentu tidak efektif membawa rombongan sebanyak itu ke luar negeri,” ucap Iriawan.
Alasan lainnya adalah ianya tertakluk kepada kontrak, Shin Tae Yong diberikan tugas mengendalikan Timnas Indonesia di tiga peringkat utama iaitu U-19, U-23, dan senior.
“Tidak mungkin membawa semua peringkat timnas ke Korsel [Korea Selatan]. Dan ketika ini, Timnas U-19 dan Timnas Senior memiliki keutamaan yang sama pentingnya,” jelas Iriawan.
Timnas Indonesia U-19 dijadualkan akan beraksi di Piala AFC U-19 di Uzbekistan sebagai persiapan untuk Piala Dunia U-20 2021.
Pada masa yang sama, Timnas Indonesia senior juga sudah akan persiapan untuk mengikuti pusingan kelayakan Piala Dunia 2020.
“Jika yang berangkat itu hanya Timnas U-19, maka Timnas Senior yang bersiap untuk Pra Piala Dunia dan Piala AFF tidak akan ada yang menjaganya,”