Berpesta selepas layak ke kalah mati? Tidak sama sekali untuk Belgium. Selepas aksi lemau menentang Ukraine, Red Devils terpaksa menerima ejekan boo daripada penyokong sendiri.
Kapten Kevin De Bruyne, kelihatan tidak berpuas hati, kemudian mengarahkan seluruh pasukannya masuk tanpa memberikan penghargaan kepada penyokong terlebih dahulu.
De Bruyne awalnya menuju ke arah penyokong untuk mengetuai rakan rakannya memberikan penghargaan. Namun selepas mendengar boo yang kuat, dia menyatakan kepada rakannya, lupakan sahaja, masuk terus ke terowong.
Belgium fans booing their team off the pitch. De Bruyne tried to go over to applaud them, but the boos were so loud he told the rest of the team to forget it… 👊🇧🇪 pic.twitter.com/2N5wgYLCSa
— Football Fights (@footbalIfights) June 26, 2024
Dan ianya mengundang lebih kemarahan dan lebih banyak boo diterima.
Dan ketika juruhebah mengumumkan bahawa KDB telah dinamakan ‘Man of the Match’, satu lagi ejekan besar besaran menyusul ketika kapten itu menerima anugerah dan bercakap dengan wartawan.
Namun beberapa minit selepas itu, peminat mulai memberikan tepukan kepada kapten itu tanda sedikit penghargaan.
Pada sidang media selepas perlawanan itu, jurulatih kebangsaan Domenico Tedesco menyatakan dia terkejut dengan apa yang berlaku. Dan menuntut pendamaian antara pemain dan penyokong kerana selepas ini aksi lebih besar menentang Perancis.
Tedescp berkata: “Saya tidak menjangka perkara ini. Adalah penting bagi kami untuk mara ke pusingan seterusnya,” katanya.
“Adakah saya mempunyai mesej untuk penyokong selepas konsert boo itu? Tidak, kami memerlukan peminat kami. Ia adalah satu kejutan besar kepada saya bahawa mereka mengejek dengan boo. Sekali lagi: kami memerlukan satu sama lain.
“Kami bermain dengan baik pada perlawanan sebelum ini, tetapi kali ini memang lebih sukar untuk kami, ya. Tetapi kami adalah satu unit yang besar, kami sangat memerlukan peminat,” kata pengurus itu cuba mengekalkan motivasi serta keharmornia pemain dan penyokong.