Kevin De Bruyne: Total Midfielder Yang Efisien Di Dalam Permainan

Kevin De Bruyne antara playmaker terbaik di dalam generasi beliau. Pemain yang memiliki kelasakan dan kualiti di atas padang.

Total playmaker

Beliau merupakan pemain yang aku gelar sebagai total playmaker. Kalau dulu ada pemain macam Steven Gerrard atau Kaka yang macam ni.

Letak mereka di wide area ataupun di central area, mereka boleh playmaking dengan baik.

Dan hari ini ada juga pemain macam Lionel Messi atauoun Neymar. Tapi 2 pemain tu lebih teknikal dengan skil kaki (foowork) berbanding dengan De Bruyne.

De Bruyne adalah pemain yang memiliki keupayaan tinggi dalam menyumbang secara terus kepada gol (skor atau assist).

Misalnya ketika berhadapan dengan Arsenal, gol beliau sangat cantik. Bukan senang nak kawal weight bola masa kau nak rembat voli dari tepi macam tu. Tetapi De Bruyne tetap berjaya menujukan sasaran ke top corner.

Beliau merembat pada surface bola yang sebaiknya pada masa dan titik yang tepat.

Gol kedua adalah gol dengan weaker foot yang boleh melengkung rendah menewaskan Bernd Leno.

Ini pun cantik dia blast dengan sempurna sekali. Sayang tak masuk.

Ianya memang detik yang sangat sukar untuk mengawal De Bruyne apabila beliau on form.

De Bruyne kalau kau letak di wing kanan dia akan menjadi crosser yang sangat bagus. Lihat sahaja rekod assist dia kau dah tahu kepoweran beliau ini.

Korang tengok salah satu voli dari luar kotak penalti beliau ini masa dia masih muda sikit.

https://twitter.com/i/status/1225474730951663618

Posisi

De Bruyne adalah pemain yang boleh beroperasi di kesemua posisi ofensif. Dan beliau sudah dilatih oleh Guardiola menjadi pemain deep central mid, menjadikan beliau pemain yang boleh bermain di semua koridor di atas padang.

Musim ini beliau banyak bermain di tengah, tetapi peranan itu memberikan beliau kebebasan untuk bergerak seperti central winger. Sebab itu pemain ini sesuai kau nak gelar box to box player.

Beliau juga boleh berkawal di luar box untuk memenangi bola kedua ataupun merembat bola tersebu.

De Bruyne pemain yang sangat bagus sebagai teamplayer. Beliau ada winning mentality yang sangat tinggi.

De Bruyne merupakan pemain yang boleh memberikan ancaman tambahan dari belakang pemain serangan.

Ketika transisi, De Bruyne pemain yang bagus ketika serangan balas dan juga bagus ketika beralih ke defensif, terutama sekali counter pressing, sistem yang diamalkan di City ketika ini.

Jadi, tidak ramai pemain seperti De Bruyne yang lasak dan memiliki kreativiti yang tinggi.

Pemain sistem

Di bawah Guardiola beliau dibangunkan lagi untuk bermain di pelbagai posisi dengan efektif.

De Bruyne adalah total playmaker yang menjadi idaman semua jurulatih terutama sekali yang berasaskan taktikal high line pressing.

Dinamik dan kemampuan membaca permainan juga amat penting selain daripada bergantung kepada kudrat semata mata.

Ini merupakan rekod beliau dalam EPL dalam beberapa musim terakhir ini:

Baca yang lain