Kevin De Bruyne Total Playmaker Idaman Semua Jurulatih

Sukar sebenarnya nak mencari playmaker yang semacam Kevin De Bruyne.

Beliau merupakan pemain yang aku gelar sebagai total playmaker. Kalau dulu ada pemain macam Steven Gerrard atau Kaka yang macam ni.

Letak mereka di wide area ataupun di central area, mereka boleh playmaking dengan baik. Dan hari ini ada juga pemain macam Lionel Messi ataupun Naimah, ehh, Neymar. Tapi 2 pemain tu lebih teknikal dengan skil kaki (foowork) berbanding dengan De Bruyne.

Semalam dalam aksi menentang Arsenal dia menunjukkan masterclass dia. Dia mencipta 1 assist dan menjaringkan 2 gol.

Arsenal langsung tiada jawapan dengan gerakan beliau. Gol pertamanya itu, Freddie Ljungberg sendiri menganggap ia gol luar biasa.

Bukan senang nak kawal weight bola masa kau nak rembat voli dari tepi macam tu. Tetapi De Bruyne tetap berjaya menujukan sasaran ke top corner.

Beliau merembat pada surface bola yang sebaiknya pada masa dan titik yang tepat.

Gol kedua adalah gol dengan weaker foot yang boleh melengkung rendah menewaskan Bernd Leno.

Ini pun cantik dia blast dengan sempurna sekali. Sayang tak masuk.

Ianya memang detik yang sangat sukar untuk mengawal De Bruyne apabila beliau on form.

De Bruyne kalau kau letak di wing kanan dia akan menjadi crosser yang sangat bagus. Lihat sahaja rekod assist dia kau dah tahu kepoweran beliau ini.

Beliau boleh beroperasi sama ada sebagai no.10, no.8 dan juga di posisi yang lebih ke belakang.

Musim ini beliau banyak bermain di tengah, tetapi peranan itu memberikan beliau kebebasan untuk bergerak seperti central winger.

Sebab itu pemain ini sesuai kau nak gelar box to box player.

Beliau juga boleh berkawal di luar box untuk merembat bola kedua.

De Bruyne pemain yang sangat bagus sebagai teamplayer. Beliau ada winning mentality yang sangat tinggi.

Boleh memberikan ancaman tambahan dari belakang pemain serangan.

Ketika transisi, De Bruyne pemain yang bagus ketika serangan balas dan juga bagus ketika beralih ke defensif, terutama sekali counter pressing, sistem yang diamalkan di City ketika ini.

Jadi, tidak ramai pemain seperti De Bruyne yang lasak dan memiliki kreativiti yang tinggi.

Di bawah Guardiola beliau dibangunkan lagi untuk bermain di pelbagai posisi dengan efektif.

De Bruyne adalah total playmaker yang menjadi idaman semua jurulatih terutama sekali yang berasaskan taktikal high line pressing.

Gaya permainan klasik box to box dengan keupayaan beliau bergerak dalam sistem yang moden menjadikan De Bruyne memang pemain yang tiada masalah bermain dengan mana-mana sistem.

Lagipun beliau belum pernah merungut diletakkan di mana sahaja posisi mahupun di bangku simpanan. Itulah disiplin yang terpuji daripada seorang pemain berkelas dunia.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil