Kevin ‘The Condor’ Mitnick: Hacker Paling Dikehendaki FBI, Kerana Boleh Lancarkan Nuklear Dari Rumahnya

Jika korang mencari hacker legenda yang paling dikehendaki, maka, namanya ialah Kevin Mitnick. Hacker yang pernah dicari oleh FBI. Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menggelar dia sebagai “penjenayah komputer paling dikehendaki dalam sejarah U.S.”

Kisah Kevin Mitnick adalah sangat dasyat sehingga menjadi inspirasi untuk filem Takedown.

Kevin Mitcnick menggunakan samaran The Condor. Mitnick lahir di AS pada 1963. Mitnick lahir daripada keluarga yang sederhana dan tak mampu membeli sebiji komputer sekalipun.

Dia mulai mengenal komputer pun dari kedai radioshack dan di perpustakaan.

Namun pada usia 17 tahun, remaja yang belajar sendiri (self taught) ini telah berjaya menggodam sistem komputer COSMOS (Computer System Mainstrem Operation) milik perusahaan komunikasi Pasific Bell di Los Angeles, yang merupakan pusat pegakalan data telefon Amerika.

Mitnick dipenjara pada usia muda. Namun The Condor tidak berhenti begitu sahaja. Pada 1983, dia telah dituduh menceroboh sistem keselamatan PENTAGON menggunakan ARPANet melalui terminal kampus USC.

Sekali lagi dia merasai meringkuk di dalam penjara. Selepas dibebaskan The Condor telah berehat seketika dan menghilangkan diri daripada dunia penggodaman.

Namun tak lama selepas itu, pada 1987, dia kantoi sekali lagi apabila menggodam data milik perusahaan Santa Cruz Organization, perusahaan software yang bergerak di sistem operasi unix.

Dia didakwa lagi dan kemudian dipenjara 3 tahun. Keluar dari penjara Mitnick telah menceroboh dan menggodam Sistem Operasi VMS milik Digital Equipment Corporation.

Mitnick kali ini ditangkap dengan pasangan hackernya Lenny Cicicco dan dipenjara setahun. Malah kali ini dia dituduh memiliki satu ketagihan yang tidak dapat dibendung lagi.

Mitnick dianggap hacker genius yang hampir sempurna. Dia bukan sahaja pakar dalam menceroboh sistem komputer tetapi arif dalam bidang pengurusan pelbagai industri. Bagaimana mereka beroperasi dengan teknologi.Malah pada satu ketika dia digelar pengganas komputer.

Setelah bebas, Mitnick kemudian telah bekerja seperti lelaki normal yang lain. Tetapi FBI mengesyaki dia menggodam sistem komputer milik syarikat dia bekerja Tel Tec Detective.

Menyedari dirinya menjadi buruan FBI, Mitnick telah hidup sebagai nomad. Malah ketika hidup di dalam pelarian, dia sempat menggodam beberapa sistem perusahan besar termasuk Fujitsu, Motorola, Nokia, dan Sun Microsystems.

Namun pada 1995, Mitnick terciduk lagi. Kali ini FBI mendapatkan bantuan daripada seorang hacker yang pernah menjadi mangsa The Condor iaitu Tsutomu Shimomura.

Selain daripada menjadi FBI Most Wanted, The Discovery menobatkan namanya dalam “Hall of Fame of Hacker“, karena selain menjadi Software Hacker dia juga dikenal sebagai Hardware Hacker.

Mitnick memiliki kemampuan Social Engineering yang bagus. Selama 4 tahun mitnick dipenjara, tiba tiba pada 2000 dia dibebaskan dengan syarat tak  boleh memegang komputer.

Dua tahun selepas berkelakuan baik, Mitnick akhirnya dibenarkan untuk menggunakan komputer namun tanpa jaringan internet.

Dan pada tahun 2003 barulah dia dibenarkan menggunakan akses internet untuk pertama kalinya sejak dia bebas dari penjara.

Mitnick kemudian banyak menulis buku tentang keselamatan sistem dan komputer. Bukunya laku keras. Dan dia kemudian menubuhkan syarikat keselamatan sistem komputer di https://www.mitnicksecurity.com/.

Itulah kisah Kevin Mitnick yang pernah menjadi salah satu nama yang paling merungsingkan kerajaan pada era 90-an. Hari ini dia menjana pendapatan berjuta dollar menerusi syarikat keselamatan komputer yang ditubuhkannya.

Kevin pernah menyatakan, kerajaan AS sangat takut dengannya sehingga mengesyaki dia mampu untuk memecahkan kod untuk melancarkan nuklear.

“Saya ada sejarah yang hebat dengan kerjaan AS. Mereka adalah pihak yang mengurung saya kerana mereka risau saya boleh melancarkan nuklear dari rumah.”

Pada hari ini syarikat keselamatan komputer beliau adalah kelas A. Mereka mengenakan bayaran kira kira $200,000. Dan diberikan jaminan pelanggan akan mendapat berlipat ganda daripada wang mereka kembali jika sistem keselamatan mereka diceroboh.

Pendekatan Mitnick ini kemudian ditiru oleh syarikat seperti Google yang menawarkan sehingga $150,000 dalam pertandingan menggodam produk mereka.

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa