Keyakinan Joelinton Meningkat & Shearer Nasihat Hentikan Perbandingan Benitez-Bruce

Pengurus Newcastle United berharap Joelinton sudah menemui sentuhannya setelah menjaringkan gol pada lewat permainan yang membantu kelab meraih kemenangan ke-4 musim ini.

Newcastle menewaskan Crystal Palace di Selhurst Park 2-0 melalui 2 jaringan dari Callum Wilson dan Joelinton.

Crystal Palace turun tanpa ayam tambatan mereka Wilfred Zaha kerana sedang menjalani kuarantin selepas dilaporkan berada dalam kontak rapat orang positif Covid 19.

Joelinton juga buat kali pertama menyumbang bantuan gol – untuk Wilson menjaringkan gol ke-7 peribadinya di liga.

Wilson dibeli dengan harga £20 juta musim ini dari Bournemouth tenang menyudahkan hantaran Joelinton.

Sejak menyertai Newcastle pada musim lepas, jaringan semalam merupakan yang ke-3 Joelinton. Pemain Brazil itu memecah rekod pembelian kelab apabila membayar Hoffenheim £40 juta pada Julai 2019.

Joelinton melakukan cut inside menewaskan Scott Dann dan memperdayakan Gary Cahill.

“Tidak kisah dengan tanda harganya dan dari mana kamu datang, kadang-kadang kamu perlukan masa.” kata Bruce tentang Joelinton

“Jersi no.9 bermakna dia akan berjuang. Dia mahu melakukan yang terbaik. Kami mula melihat kekuatannya sekarang.”

Kemenangan tersebut membolehkan Newcastle memintas Manchester City untuk berada di tangga ke-10. Sementara itu kekalahan ke-2 berturut-turut Crystal Palace melihat pasukan itu jatuh ke tangga ke -13.

USAH MEMBANDINGKAN BRUCE DENGAN BENITEZ- SHEARER

 

“Ia akan memberi mereka kenyakinan dan kepercayaan.”

“Dari sudut cara mereka bermain, mereka pastinya akan lebih positif tetapi saya juga perlu mengatakannya dan pernah mengatakan sebelum ini.”

“Newcastle adalah hitam dan putih. Sama ada mereka cermerlang atau sampah.”

“Malam ini mereka berusaha keras dan mencipta 1-2 peluang.”

“Saya sering mendengar perbandingan antara Steve Bruce dan Rafa Benitez, anda harus melupakanya.”

“Newcastle merupakan kelab yang menamatkan liga di tempat ke-13 dan ke-14. Mereka juga jatuh tersingkir (ke championship) dibawah Rafa Benitez.”

“Newcastle meraih keputusan yang baik, mereka juga meraih keputusan buruk tetapi kedua-duanya (Bruce dan Benitez) bukan masalah di Newcastle.”

“Masalahnya sudah berada lama disana, mereka tidak memenangi apa-apa sejak 1969.”

“Apa yang mereka boleh lakukan adalah menarik ribuan ribu penyokong setiap minggu yang ingin melihat pasukannya berusaha dan bekerja keras.”

“Ketika Bruce masuk, sekitar 3-4 bulan Newcastle perlu memberi 10,000 tiket secara percuma.”

“Itu bukan masalah Bruce, itu masalah kelab. Masalah orang lain.”

“Mereka mempunyai pemilik yang tidak berminat kekal disana dan dia sudah menjelaskan mahu menjual kelab.”

“Masalahnya bukan Steve Bruce dan Rafa Benitez jadi lupakan perbandingan.”

“Anda mempunyai sekumpulan peminat yang perlu dihiburkan, yang ingin melihat mereka melakukan dengan baik. Mereka tidak mahu yoyo yang bertarung di zon penyingkiran setiap musim.”

“Apabila anda membayar wang anda mahu hiburan tetapi kami tahu tentang masalah yang dimiliki Newcastle.”

“Mereka akan terus mencatat keputusan baik dan buruk seperti sebelum ini. Bukan hanya Steve Bruce dan Rafa Benitez. Kevin Keegan, Joe Kinear dan Alan Pardew juga sama.”

3 PERKARA POSITIF NEWCASTLE

Pertama, secara kebiasaanya penyokong akan melihat siapa penjaring pasukan apabila menang. Kemenangan Newcastle juga banyak melibatkan sumbangan pemain belakang.

Javier Manquillo dan Jamal Lewis hampir tidak melakukan sebarang kesalahan, Karl Darlow melakukan beberapa kali aksi penyelamat yang berharga dan Federico Fernandez cermelang di pertahanan tengah.

Kedua, Jika Alan Saint Maximin cergas dan bersedia sudah pasti Joelinton tidak akan mendapat peluang bermain.

Joelinton mendapat peluang dan menggunakannya, sentiasa berada di posisi betul sepanjang 80 minit. Keyakinannya meningkat dari bahasa badannya.

Dia terus berlari, dia terus mencuba dan akhirnya dia menyumbang 1 bantuan gol kepada Wilson. Seminit selepas itu dia pula menjaringkan gol.

Ketiga, selepas tamat perlawanan semalam Newcastle berada 10 mata dari zon penyingkiran.

Ia menjadi ruang untuk bernafas sebelum bertemu Aston Villa, sebuah kelab yang hampir setaraf dengan Newcastle.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil