Bekas penjaga gol PSG, Keylor Navas, yang baru sahaja tamat kontrak dengan PSG, dan tak disambung lagi, kini berdepan dengan hukuman daripada jabatan buruh di Perancis. Ini kerana bekas pembantu peribadinya telah memfailkan tuntutan saman ke atas pemain Costa Rica itu.
Merci…
🔴🔵 pic.twitter.com/NsL9pewls2— Keylor Navas (@NavasKeylor) May 27, 2024
Bekas pembantunya itu mendakwa dia dipaksa bekerja 90 jam seminggu atau hampir 13 jam sehari. Dia bekerja tanpa kontrak yang sah dan hanya menerima €3,200 sebulan (RM16,340 sebulan).
Gaji pekerja itu diserahkan secara tunai dengan serahan tangan. Ala macam gaji zaman dulu dulu, masuk dalam sampul surat. Ini kerana Navas tidak mahu transaksi itu menjadi isu nanti.
Pekerjanya itu kemudian mendakwa dia diberikan tempat tinggal di sebuah bilik yang uzur di bawah tanah tanpa ada sebarang tingkap dan beberapa kemudahan lain.
Lebih mengejutkan Navas tidak mendaftarkan pekerjanya itu untuk mencarum dalam tabung keselamatan sosial di Perancis, ala macam SOCSO kita di sini, dan tiada caruman wang persaraan selama 20 bulan pembantunya itu bekerja untuknya.
Navas juga seringkali mengarahkan pembantunya menggunakan senjata api secara haram. Kerana pekerjanya itu tiada lesen untuk berkawal menggunakan senjata api.
Dia memberikan senjata api peribadi miliknya, ketika mereka berada di belakang rumahnya, tempat Navas berpesta dan bersosial dengan geng geng dia.
Ketika pembantunya meminta untuk didaftarkan secara sah sebagai pekerjanya, Navas mengherdiknya dengan berkata: “Di sini, kita tidak bekerja di bawah undang undang Perancis. Tetapi di sini, kamu semua harus bekerja di bawah peraturan saya, peraturan Keylor Navas.
“Tidak ada kontrak Perancis di sini. Saya bayar kamu secara tunai terus [tanpa melalui bank].”
Video Navas ditularkan di Perancis dan ramai yang mengutuknya sebagai binatang.
💥 “Trabajamos con mis reglas”, Keylor Navas hizo trabajar a un hombre hasta 90 horas semanales, sin contrato, sin seguridad social.
👀 Le obligaba a ir con una arma propiedad del tico y le alojó en un sotano húmedo, sin ventanas; esto según la denuncia.
📺 Información de BMF… pic.twitter.com/VA4S5POMhc
— Tigo Sports Costa Rica (@tigosports_cr) June 5, 2024
Peguam yang mewakili plaintif menyatakan bahawa: “Kita sekarang sedang berdapan dengan kes jenayah, pada pandangan saya, ini adalah perhambaan era moden. Tidak kiralah kamu bintang bola sepak. Kamu tiada hak sama sekali untuk mengecualikan diri kamu daripada undang undang.”
Buat masa ini Keylor Navas masih tidak memberikan sebarang komen tentang perkara itu.