Akibat gagal membantu Korea Selatan Juara Piala Asia 2023, Jurgen Klinsmann telah dipecat oleh Korea Selatan. Ianya hanya selepas 12 bulan dia menjadi pengurus Korea Selatan.
Klinsmann sebelum ini beberapa kali menimbulkan kontroversi di Korea Selatan. Antaranya, ketika dia tidak mahu meluangkan lebih masa di Korea. Kerana menurutnya persekitaran kerja di Seoul tidak kondusif berbanding duduk di Eropah atau Amerika Syarikat.
Klinsmann hadir ke Qatar membawa Korea Selatan sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk bergelar juara. Namun mereka sempat diikat Malaysia di peringkat kumpulan dan disingkirkan oleh Jordan di separuh akhir.
Jurgen Klinsmann has been sacked as South Korea manager after just 12 months. It follows South Korea's semi-final exit to Jordan at the Asian Cup.🇰🇷 pic.twitter.com/FrZ66jMpKB
— Ben Jacobs (@JacobsBen) February 16, 2024
Jordan jauh di belakang mereka dalam ranking dunia. KFA mendapat tekanan hebat daripada ramai pihak terutama sekali penyokong yang mahukan rombakan dalam staf kejurulatihan.
Ini selepas kem Korea Selatan menjadi toksik di bilik persalinan. Berlaku pergaduhan yang melibatkan bintang PSG, Lee Kang In dan pemain pemain senior, sehinggakan Son Heung Min hampir patah jari ketika cuba meleraikan mereka.
Isu itu diakui oleh KFA sebagai sangat memalukan dan mereka akan mengambil tindakan ke atasnya. Ini untuk memastikan pasukan Korea Selatan benar benar tidak bermasalah ketika mereka mahu melayakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Bukan itu sahaja, peminat menuduh Klinsmann sebagai tidak ada semangat kesukanan bersama Korea Selatan. Dia seringkali tersenyum ketika pasukannya dibolosi. Dan dianggap menunjukkan sikap acuh tak acuh ketika melayan media dan peminat.
Dan akhirnya KFA mengumumkan Klinsmann dipecat dalam kenyataan yang sangat jujur mengecam jurulatih itu sebagai tak bagus dalam pengurusan manusia, taktikal dan sebagainya.
KFA dalam kenyataan mereka dengan terang terangan menyebut Klinsmann sebagai tidak berkaliber sebagai seorang pengurus. Lebih mengecewakan apabila Klinsmannn menyalahkan Lee Kang In dengan Son Heung Min sebagai punca kegagalan Korea Selatan dalam kempen Piala Asia 2023.K
KFA menerusi presidennya, Chung Mong-gyu berkata: “KFA memutuskan untuk menukar pengurus skuad kebangsaan yang baharu selepas penilaian komprehensif.
“Klinsmann telah gagal menunjukkan kemampuan pengurusan dan kepimpinan yang kami harapkan daripada seorang jurulatih pasukan kebangsaan Korea Selatan merangkumi aspek taktikal dan pengurusan manusia untuk bekerja sehinggalah ke etika kerja untuk mengeluarkan tahap kompetensi pasukan.”
The KFA have sacked Jurgen Klinsmann. It's official. pic.twitter.com/2V4TvbxGqo
— Korea Football News (@KORFootballNews) February 16, 2024
Pemecatan Klinsmann ini tidak murah. Kerana Korsel perlu membayar pampasan sekitar EUR2 juta kepadanya atau sekitar RM10.3 juta. Ini kerana Korea Selatan mara ke kalah mati Piala Asia 2023.
Dalam terma kontrak beliau, jika dia gagal membawa Korea Selatan melepasi peringkat kumpulan maka Klinsmann akan dipecat dengan tanpa sebarang pampasan pemecatan.