Khabib Bidas Kem Oliveira Yang Menuduh UFC Pilih Lokasi Rumah Keduanya

Bekas juara lightweight, Khabib Nurmagomedov, ternyata bengang dan membalas balik kritikan daripada kem Charles Oliveira yang mempersoalkan lokasi pertarungan.

Charles Oliveira dan Islam Makhachev bersedia untuk bertarung untuk perebutan gelaran kelas ringan di UFC 280. UFC 280 akan berlangsung pada 22 Oktober 2022 di Etihad Arena, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.

Hakikat bahawa perlawanan itu berlangsung di Abu Dhabi membuatkan Oliveira agak tidak berpuas hati walaupun akhirnya dia bersetuju dengan tempat yang dipilih. Namun kem Oliveira menganggap lokasi itu akan memberikan kelebihan kepada Makachaev yang berlatih dengan team Khabib Nurmagomedov.

Ini kerana mereka menuduh UAE sebagai rumah kedua Khabib Nurmagomedov. Oleh itu, jurulatih Oliveira, Diego Lima berkata sikap berkecuali juri pertarungan  dalam dalam acara yang akan berlangsung di Abu Dhabi agak meragukan.

Oliveira sendiri berharap pertarungan itu akan berlangsung di negara asalnya, Brazil, atau sekurang-kurangnya di tempat berkecuali.

Naratif dari kem Oliveira mendapat respons pedas daripada Nurmagomedov.

Nurmagomedov menegaskan bahawa Oliveira juga tidak mempunyai hak untuk menentukan venue pertarungan. Dan komen mereka seolah olah satu alasan awal jika mereka kalah nanti. Mereka akan menyatakan kekalahan itu tak adil.

“Siapa yang peduli dengan kehendaknya, awak tahu apa yang saya maksudkan?” kata Nurmagomedov kepada Mike Finch.

“Dia [Oliveira] tidak boleh membuat keputusan, Islam tidak boleh membuat keputusan.”

Seterusnya bekas petarung UFC itu turut mengingatkan Oliveira bahawa Abu Dhabi pun bukan negara mereka. Islam Makachev juga berasal dari Rusia sama sepertinya.

Khabib bukan orang yang bertarung, jadi tiada kaitan dengannya sama sekali. Khabib turut menjelaskan bahawa, jika pertarungan ini dijadualkan di Brazil sekalipun, mereka tak akan merungut dan beralasan awal, mereka akan pergi.

Sama seperti Oliveira, kem Makachev tidak ada kuasa memilih lokasi. Tetapi naratif jurulatih OIiveira seolah olah mereka mempengaruhi UFC dalam keputusan mereka. Sedangkan UFC sebelum ini sudah beberapa kali menggunakan lokasi di UAE untuk acara mereka.

“Kami tidak memilih lokasi. UFC menghantar lokasi kepada kami, kemudian kami pergi. Tiada masalah.”

“Kalau UFC memberitahu kami untuk pergi ke Brazil, kami akan ke Brazil, tiada masalah. Tiada rungutan.”

“Abu Dhabi, ia seperti, wilayah kami. Saya fikir dia memahami perkara ini dan cuba mengelaknya. Tetapi sekarang, inilah keadaannya,” kata Nurmagomedov.

Walaubagaimanapun Oliveira yakin bahawa dia akan menang pertarungan itu. Dan menyatakan bahawa dia sudah tahu taktik Makachev.

“Adakah Islam akan menumbangkan submitter terbaik dalam sejarah UFC? Saya tak pasti. Jika korang tengok rekod aku, aku dah bertarung menentang orang lagi kuat daripada ini.”

“Dan saya berada di sini untuk membuktikan kata kaya saya. Nama sang juara pun orang dah kenal dah, dan nama itu ialah Charles Oliveira.”

Baca yang lain