Khabib: Hanya Baginda Nabi Muhammad Layak Dijadikan Idola, Bukannya Aku

Petarung UFC Khabib Nurmagomedov telah memuat naik satu status di Instagram beliau yang meminta agar manusia menjadikan Nabi Muhammad sebagai idola bukannya orang seperti beliau.

Ini kerana beliau tidak layak untuk dijadikan idola, kerana hanyalah manusia biasa yang menumpang di bumi tuhan.

Khabib Nurmagomedov masih belum tewas dalam semua pertarungannya di UFC setakat ini. Rekod luar biasa itu telah menjadikan beliau sangat terkenal.

Beliau juga pernah menewaskan salah seorang petarung paling hebat dalam sejarah UFC iaitu Conor McGregor.

Khabib tidak mahu ada peminat yang taksub sehingga terlalu memuja dan menjadikan namanya seperti satu ‘anutan’.

Beliau kemudian sedar bahawa populariti yang dimilikinya ini sebenarnya ada kebaikan dan keburukan.

Kebaikannya adalah, suaranya lantang untuk didengar dalam menyuarakan banyak isu. Misalnya sebelum ini beliau pernah meminta UFC membantu persatuan kebajikan Dustin Poirier dan isterinya.

Selain daripada Khabib yang menyumbang ratusan dollar, Dana White (bos) UFC juga menyumbang kepada persatuan kebajikan tersebut, selepas mendengar permintaan Khabib.

Seterusnya, beliau pernah memberikan kesedaran tentang pentingnya membantu beberapa wilayah di Afrika yang terus sukar mendapat bekalan air bersih. Khabib sendiri turun ke sana dan menyumbang dana dan tenaga beliau bagi membantu yang termampu.

Namun keburukannya tetap menakutkan Khabib. Ini apabila populariti beliau membuatkan ramai peminatnya yang mulai taksub dan menjadikannya idola.

Itu yang beliau tidak mahu, ia terjadi, terutama sekali, Khabib Nurmagomedov merupakan seorang muslim.

Khabib Nurmagomedov juga mengingatkan dirinya dan meminta para peminat sentiasa membantunya agar dia tidak leka dengan kejayaan dan segala pujian yang diterima ke atasnya, di atas pencapaian beliau dalam dunia sukan.

Juara UFC itu merupakan atlet yang dikenali dengan sikapnya yang tegas dalam soal agama. Ianya hasil daripada didikan yang beliau terima sejak kecil terutama sekali daripada ayahnya.

https://twitter.com/i/status/1225149631576858626

Khabib berkata: “Salah satu kelemahan daripada populariti yang saya miliki ketika ini adalah, apabila adanya orang yang mulai menjadikan kamu sebagai idola / ikutan.”

“Saya bukan orang yang layak untuk dijadikan idola, dan saya tak mahu dijadikan idola oleh manusia lain.”

“Saya seorang Islam dan sebagai seorang penganut agama Islam kami mempunyai satu contoh untuk diikuti, Baginda adalah pesuruh Allah – Muhammad (SWT).”

Hantaran itu mendapat respon yang sangat tinggi di instagram beliau.

Khabib kini dalam persiapan bagi pertarungan tumpuan berhadapan dengan Tony Ferguson.

Beliau dijangka akan diberikan tentangan paling sengit di dalam kariernya, kerana kedua-dua petarung berada dalam prestasi terbaik pada ketika ini.