Khabib Maklumkan Peminat Tentang Pertarungan Beliau Seterusnya Selepas UF249 Dibatalkan

Khabib Nurmagomedov telah memberitahu para pengikutnya bahawa beliau akan terus berlatih walaupun UFC249 dibatalkan.

Ini kerana pertarungan beliau yang seterusnya tidak lama lagi. Khabib dilihat sedang melakukan latihan intensif bersendirian di rumahnya.

Khabib Nurmagomedov sebelum ini menarik diri daripada UFC 249 kerana berada di Rusia dan mengikuti peraturan kuarantin di negaranya.

Namun malangnya, beliau menjadi sasaran segelintir media dan juga Tony Ferguso serta Conor McGregor — yang menuduh Nurmagomedov sebagai pengecut dan melarikan diri.

Khabib agak pelik kerana beliau tidak nampak bezanya beliau dengan manusia yang lain ketika ini. Di mana semua orang perlu duduk di rumah untuk menyelamatkan nyawa lebih ramai manusia lain.

Dana White kemudian memilih Justin Gaethje menggantikan Khabib. Tetapi akhirnya UFC 249 terpaksa dibatalkan kerana isu berkaitan dengan peraturan kerajaan ketika covid-19.

Walaupun tidak beraksi dalam UFC 249, Nurmagomedov sudah bersedia untuk kembali semula dalam pertarungan beliau seterusnya.

Di mana Khabib Nurmagomedov memberitahu peminatnya bahawa pertarungan itu akan dilangsungkan sekitar Oktober.

Beliau berkata: “September nanti, tak jauh dah tu, walaupun sukar nak percaya dengan apa yang berlaku ini akan berakhir pada September.”

“Namun orang ada berkata, masa yang tenang diperlukan untuk mempersiapkan diri ke medan perang.”

Dana White baru baru ini menyatakan bahawa, beliau tidak mahu ada lagi pihak mengecam Khabib.

“Saya tahu semua orang jadi gila sebab Khabib dan menyatakan yang dia menarik diri. Dia tak buat apa apa salah pun,” jelas presiden UFC itu.

“Jika korang lihat apa yang berubah dan berlaku kepada dunia setiap hari, kiat semua terperangkap. Dan dia pula terperangkap di Rusia.”

“Khabib bukannya terbang ke Rusia, tetapi dia diterbangkan ke Rusia. Memang semua orang kecewa [UFC 249 tak dapat diteruskan] namun apa boleh kita buat?

Menurut Khabib lagi, beliau masih lagi berharap lawan beliau seterusnya ialah Tony Ferguson, walaupun sudah 5 kali pertarungan antara mereka dibatalkan.

Ini kerana menurut Khabib, pertarungan menentang El Cucuy adalah pertarungan legasi dan menentang lawan yang terbaik ketika ini.

Sebelum ini Khabib menyatakan beliau juga sedih kerana pertarungan di antara beliau menentang Tony Ferguson terpaksa dibatalkan.

“Saya nak bertarung, sebab tu saya pilih pertarungan ini [melawan Ferguson].”

“Ini pertarungan yang sukar, ini pertarungan legasi, ini ibarat pertarungan impian peminat, dan ini juga pertarungan yang saya idamkan.”

“Dah tentunya, boleh sahaja saya memilih pertarungan sedang lawan si ayam [Conor McGregor], tapi saya pilih pertarungan sukar.”

Adakah UFC akan menjadualkan pertarungan di antara Khabib Nurmagomedov vs Tony Ferguson sekali lagi selepas ini? Sebaik sahaja keadaan mengizinkan.

Korang rasa macamana? Setuju tak Khabib vs Tony dijadualkan sekali lagi. Ke nak letak McGregor.