Khabib Muatnaik Video Emosional Ketika Dia Bergusti Dengan Arwah Ayahnya

Khabib Nurmagomedov telah berkongsi video yang agak emosional ketika dia dia bergelut dengan ayahnya, Abdulmanap.

Arwah ayahnya itu juga merupakan jurulatih sepanjang karier petarung UFC dengan rekod 29-0 itu.

Abdulmanap Nurmagomedov meninggal pada bulan Julai pada usia 57 tahun, berikutan komplikasi yang disebabkan oleh coronavirus.

Kejadian tragis itu telah memberikan kesan mendalam kepada Khabib Nurmagomedov.

Jaguh UFC itu kemudian kembali ke octagon menentang Justin Gaethje pada bulan Oktober lalu dan, selepas kemenangan, pemain berusia 32 tahun itu mengumumkan persaraannya dengan menjelaskan bahawa dia tidak mahu bertanding tanpa ayahnya.

Terbaru, Khabib telah berkongsi video detik yang ceria dia cuba menjatuhkan ayahnya Abdulmanap dalam satu sesi santai anak beranak tersebut.

Video itu dimuatnaik dengan kapsyen: “Ini adalah masa terbaik. Ayah.”

Video Instagram menunjukkan pasangan itu mengunci dan bermain-main bergelut di dalam rumah, ketika krew pasukan latihan mereka yang lain menonton sambil ketawa.

Pada beberapa ketika, Khabib cuba mengejutkan ayahnya dengan tekniknya.

Tetapi Abdulmanap sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan membuka kekuda sokongan.

Ayah Khabib malah menguji anaknya dengan beberapa teknik, tetapi jelas itu tidak akan berjaya, kerana Khabib jelas masih terlalu muda dan kuat.

Video itu mendapat perhatian ramai pihak yang terharu dan berkongsi rasa emosional dengan Khabib.

Ayah Khabib memang dikenali dengan kepakarannya dalam gusti. Ilmu yang diturunkan kepada anaknya Khabib Nurmagomedov.

Khabib sangat hormat dan ‘takut’ kepada ayahnya. Beliau masih takut akan dipukul ayahnya jika beliau melakukan kesilapan, walaupun sudah bergelar juara dunia.

Khabib bersara kerana ibu dan ayahnya

Bercakap kepada Jon Anik di dalam Octagon selepas tamat pertarungannya dengan dengan Gaethje, dia dengan menangis menyatakan: “Hari ini saya ingin mengatakan ini adalah pertarungan terakhir saya.”

“Tidak mungkin saya datang ke sini tanpa ayah saya. Ketika UFC datang menghubungi saya mengenai Justin, saya bercakap dengan ibu saya selama tiga hari.”

“Dia [ibu] tidak mahu saya bertarung lagi tanpa ayah saya di sini. Saya sudah berjanji kepadanya bahawa ini akan menjadi pertarungan terakhir saya dan jika saya akan menunaikan janji saya kepadanya.”

Khabib Nurmagomedov telah menamatkan kariernya pada kemuncak dengan rekod 29-0. Dalam kariernya dilaporkan beliau cuma tewas dua pusingan.

Namun Dana White menyatakan, beliau yakin Khabib Nurmagomedov akan kembali semula untuk menjadikan rekodnya 30-0.

Sebelum ini Khabib pernah berhasrat untuk bersara jika beliau berjaya mencapai rekod 30-0.

Pasukan kejurulatihan Khabib juga masih percaya petarung itu akan kembali untuk sekali lagi – sekurang kurangnya.

Ini kerana Khabib tak pernah menyatakan atau berbincang dengan mereka berkaitan perkara tentang persaraannya. Lalu mereka menyatakan bahawa kenyataan Khabib malam itu terlalu terbuai buai dengan emosi di atas apa yang telah menimpa dirinya dalam beberapa bulan ini.

Dana White memahami kenapa Khabib sangat emosi. Bermula daripada kehilangan ayahnya, Khabib juga menerima rawatan di hospital kerana kecederaan serius dalam persiapan beliau bertemu Gaethje.

Baca yang lain