Khabib Nurmagomedov memberikan penilaian jujur beliau tentang bekas seterunya, walaupun mereka tak pernah bertarung pun, iaitu Tony Ferguson.
Pada satu ketika Tony Ferguson dianggap sebagai satu satunya petarung yang ada potensi menewaskan Khabib Nurmagomedov yang memegang rekod tanpa kalah dalam kariernya.
Kedua dua mereka dianggap petarung terbaik untuk kelas mereka pada kemuncak prestasi mereka.
Peminat sentiasa mengimpikan pertarungan antara Khabib-Ferguson. Malangnya ia tidak menjadi kenyataan.
Namun pertarungan dibatalkan kerana isu pandemik melanda. Di mana Khabib terperangkap di Rusia dan tidak boleh keluar.
Itu adalah kali keempat pertarungan antara mereka tidak dapat dilaksanakan atas pelbagai faktor terutama sekali kecederaan.
Dan selepas itu Khabib mengumumkan persaraannya daripada UFC selepas pemergian ayahnya.
Terbaru RT Sports bertanya kepada Nurmagomedov tentang pandangan beliau mengenai Tony Ferguson yang sudah beberapa pertarungan tewas.
Khabib Nurmagomedov berpendapat sudah waktunya untuk Tony Ferguson untuk bersara dari seni mempertahankan diri campuran /MMA.
Khabib berkata: “Dia dah berusia 38 tahun. Beritahu saya, bagaimana dia boleh bangkit kembali? Dia didominasi lawannya dalam tiga pertarungan terakhir. Gaya yang berbeza, penyerang, pengunci, Dariush, Oliveira, Gaethje, mereka semua menguasainya ketika pertarungan.”
“Dalam keadaan berdiri atau di atas lantai gelanggang dia didominasi lawannya.”
“Pada usia 38 tahun saya rasa sudah tiba masanya untuk dia berhenti. Pasti ada orang di sebelahnya yang boleh memberitahu kepadanya bahawa dia harus berhenti kerana usia.”
“Ia bukan urusan yang mudah. Terutama sekali ketika anda bukan lagi lelaki yang muda.”
Khabib Nurmagomedov says Tony Ferguson should pull the brakes on his career.
Do you agree with Khabib? pic.twitter.com/msXTaWl7Uc
— RT Sport (@RTSportNews) August 20, 2021
Tony Ferguson sebelum ini mengalami beberapa siri kecederaan kerana tewas di tangan lawannya. Namun beliau menyatakan beliau yakin akan segera bangkit.