Petarung MMA dan UFC dari Rusia Khabib Nurmagomedov, telah menolak tawaran $100 juta ataupun sekitar RM414 juta oleh Arab Saudi – agar beliau menerima Rematch dengan Conor McGregor.
Pihak Arab Saudi mendengar sebelum ini kem Khabib Nurmagomedov meminta $100 juta bayaran untuk mereka jika mahukan rematch itu.
Khabib meletakkan harga itu kerana merasakan tiada orang yang sanggup membayar mereka angka sebanyak itu untuk rematch yang beliau rasakan tak perlu.
Khabib kemudian menyatakan jika UFC ada wang sebanyak tu nak bagi kat beliau, adalah lebih baik orang itu didermakan kepada mereka yang memerlukan.
Khabib Nurmagomedov kali ini dikejutkan dengan satu tawaran datang daripada pihak Arab Saudi.
Pihak tersebut dikatakan sanggup membayar Khabib angka tak masuk akal itu untuk rematch dengan Conor McGregor.
Khabib memberikan respon yang sama dengan sebelum ini. Beliau berkata: “Anda sanggup membayar saya $ 100 juta untuk membelasah orang bodoh itu lagi.”
“Saya tidak fikir tawaran seperti ini masuk akal,” katanya.
Menyedari tentang tawaran dadi Riyadh, Nurmagomedov menyatakan bahawa wang yang ditawarkan itu tidak memotivasikan beliau sambil menambah bahawa dia tidak berminat untuk berhadapan dengan McGregor buat masa ini.
Khabib Nurmagomedov kemudian mencadangkan pihak berkuasa Saudi agar memberikan jumlah wang sebesar itu kepada orang yang memerlukan atau membelanjakannya untuk inisiatif kebajikan.
#Khabib rejects Saudi's $100m to fight Ireland's #McGregor https://t.co/5wSNJ9EM0V
— Middle East Monitor (@MiddleEastMnt) February 10, 2020
Bukan pertama kali
Khabib Nurmagomedov sudah beberapa kali dicabar oleh Conor McGregor untuk pertarungan ulangan. Namun sudah beberapa kali beliau menolaknya.
Alasan Khabib menolak adalah kerana, pertarungan yang dikehendaki McGregor itu semata-mata nak membuat duit dan melupakan isu kesukanan.
Kedua dua petarung bertemu di octagon pada Oktober 2018 dalam acara utama UFC 229. Di mana Nurmagomedov ketika itu menewaskan McGregor dengan tap out oleh Conor McGregor pada pusingan keempat.
Khabib berkata, beliau hanya akan bertemu dengan McGregor semula sekiranya memang kedua-duanya dijadualkan untuk berebut kejuaraan selepas beberapa kemenangan dengan lawan masing-masing.
Bukannya, satu pertarungan yang diatur hanya kerana mahu melihat mampukah McGregor membalas dendam.
Khabib yang memegang tali pinggang kejuaraan menegaskan, ia akan membuatkan lawan yang lain rasa tak adil. Semua orang menunggu masa mereka untuk mendapat peluang merebut kejuaraan.
Bukannya mudah untuk melakukannya, selepas memenangi beberapa pertarungan sukar. Misalnya Tony Ferguson yang sudah menewaskan lawannya dalam beberapa siri pertarungan. Dan anda bayangkan, tiba – tiba McGregor yang diberikan peluang untuk pertarungan perebutan kejuaraan.
McGregor Tuduh Nurmagomedov Pengecut!
McGregor kemudian menuduh Khabib sebagai pengecut kerana tahu dia akan kalah. Malah McGregor menyatakan semua orang dah setuju kecuali Khabib yang mahu melarikan diri.
“Dia (Nurmagomedov)goyang (trembling). Dia seorang pengecut. Dia tak mahukannya. Dia tak inginkan pertarungan ulangan antara kami.”
“Dia cuba untuk mengelak kekalahan sekali lagi. Saya dah dapat menghidu tindak tanduknya.”
“Dia pengecut, itu sahaja.”
“Semua orang mahukan pertarungan ulangan ini. Bos Dana White mahukannya. Kita semua mahukannya. Dia boleh megelak namun dia tak boleh menyembunyikan diri.”
“Saya sudah tak sabar untuk bertarung semula dengan dia.”
"I just smell shit, that's all it is. He's afraid and that's it but everyone wants it. The boss wants it, Dana wants it, we all want it. So he can run but he cannot hide." – Conor McGregor on a rematch with Khabib Nurmagomedov (via @Maclifeofficial) pic.twitter.com/OaU1dsY0Na
— Chamatkar Sandhu (@SandhuMMA) January 3, 2020
Selepas kemenangan McGregor ke atas Donald Cerrone, beliau sekali lagi mencabar Khabib untuk pertarungan ulangan.
Kem Khabib Nak $100 Juta
Kem Khabib menerusi ayahnya, telah menyatakan bahawa, mereka setuju dengan syarat berikan mereka $100 juta (RM412 juta) untuk pertarungan ulangan itu.
Angka yang agak besar diminta oleh kem Khabib. Khabib menyatakan permintaan itu kerana tahu, McGregor biasanya akan mendapat wang yang jauh lebih lumayan berbanding petarung lain.
Oleh sebab itu McGregor sengaja mencari pertarungan yang berprofil tinggi untuk menarik lebih banyak pendapatan.
Ramai yang mulanya menuduh Khabib sebagai mata duitan.
Khabib Bukan Mata Duitan!
Namun Khabib menjelaskan bahawa, beliau meletakkan angka itu kerana mahu melihat, ada ke orang yang bodoh sanggup membayar mereka jumlah wang sebanyak itu, hanya semata-mata mahu menyaksikan pertarungan ulangan yang diatur tanpa melalui proses merit?
Khabib berkata: “Nak beri saya $100 juta (RM412 juta) untuk mengalahkan si bodoh itu sekali lagi? Saya tak fikir ia rasional.”
🔥 '$100m to beat up that idiot again? I don't think that's rational'
Khabib speaks on the potential of a Conor McGregor rematch…@TeamKhabib @TheNotoriousMMA
MORE: https://t.co/GALqldpXJa pic.twitter.com/5fG4xheo7f
— RT Sport (@RTSportNews) February 4, 2020
Khabib beberapa bulan lalu menyatakan beliau tidak pernah meletakkan wang sebagai keutamaan. Sebaliknya semangat kesukanan yang paling penting.
Malah Khabib banyak sekali menggunakan wangnya untuk kebajikan termasuk pergi ke Afrika untuk membantu orang miskin di sana.
Khabib menambah lagi, jika UFC sanggup juga memberikannya wang sebanyak itu, $100 juta, beliau akan cuba menewaskan McGregor dan menggunakan wang itu untuk kerja amal.
Khabib pernah menyumbang ratusan dollar kepada badan kebajikan amal milik lawannya, Dustin Poirier yang digerakkan Poirier dan isterinya.
Khabib also wore Poirier’s shirt and said he was gonna sell it to help Poirier’s charity with all the profits. This is what UFC should be about, not forcing people to drink your garbage whiskey, punching old men at pubs & throwing chairs at buses. This is respect. #UFC242 pic.twitter.com/hZTV5qL5V6
— ❄️🇨🇦 ³⁴ (@DrTahha) September 7, 2019
Hal ini kerana, Khabib merasakan perkara melibatkan kebajikan harus diutamakan dan itulah masanya untuk mengenepikan dahulu permusuhan di atas octagon.
Apa Saya Nak Buat Dengan Duit Sebanyak Tu?
Berbalik kepada isu pertarungan semula yang diidamkan oleh McGregor, Khabib berkata: “Bagaimana kami boleh membincangkan pertarungan semula itu.”
“Semua orang dapat lihat apa yang telah berlaku di octagon ketika menentang McGregor. ”
“Saya menguasai pertarungan sejak dari awal lagi. Jadi apa maknanya pertarungan semula ini? Hanya semata-mata nak meraikan duit?
Wartawan bertanya sekali lagi tentang pandangan beliau. Dan Nurmagomedov berkata: “Saya tak fikirkannya sama sekali.”
“Saya tak perlukan duit sebanyak itu [100 juta (RM412 juta)]. Banyak lagi organisasi kebajikan di luar sana yang memerlukannya. Maka, ada lebih baiknya UFC menyumbangkan wang itu kepada mereka, jika UFC tak tahu apa nak buat dengan wang sebanyak itu.”
🗣 Khabib's response to the $100m offer to fight Conor McGregor. pic.twitter.com/HVwPfIJkto
— Oddschanger (@Oddschanger) February 5, 2020
“Jika UFC mahu mmemberikan saya $100 juta untuk mengalahkan dia sekali lagi. Saya rasa ia perkara tak rasional.”
Khabib menyatakan fokus beliau adalah untuk persiapan menentang Tony Ferguson.
Sebagai tambahan, Khabib dan ayahnya menggunakan wang kemenangan mereka dalam UFC untuk membina gym bagi mencungkil bakat baharu di tempat mereka.
Khabib selepas itu menyatakan, beliau tak akan rematch dengan McGregor hanya kerana wang. Dan beliau merasakan itu tak adil untuk petarung lain yang mahu merebut tali pinggang kejuaraan daripada beliau.