Khabib Terus Tembak McGregor: Itulah Padahnya Sparring Dengan Budak Mentah

Share on facebook
Share on twitter

Tidak lama selepas kekalahan McGregor di tangan Dustin Poirier, Khabib Nurmagomedov terus bersuara menerusi Twitternya.

Dustin Poirier menjadi pemenang acara kad utama UFC 257 dengan menewaskan Conor McGregor secara TKO dengan pukulan dan sepakan yang sangat deras.

Dan itu adalah kali pertama McGregor tewas secara TKO dalam 4 kekalahannya dalam karier. 3 kekalahan sebelum ini kesemuanya tewas dengan submission.

Nurmagomedov, yang kini masih memegang gelaran juara ringan UFC walaupun telah mengundurkan diri setelah UFC 254, nampaknya terus menembak seteru utama dalama kariernya, Conor McGregor.

Sebelum UFC 257, McGregor melakukan transformasi fizikal dengan berat 155 paun dengan sistem latihan dan kecergasan yang baru ketika dia bersiap sedia untuk pertarungan kali ini.

Conor McGregor yang merupakan mantan juara dunia, kini dibimbing oleh jurulatih lamanya, termasuk ketua jurulatih MMA John Kavanagh dan jurulatih serangan – Owen Roddy.

Khabib berkata: “Inilah padah yang akan terjadi apabila kamu menukar pasukan kamu, meinggalkan rakan sparring yang menjadikan kamu juara. Dan kemudian sparring dengan budak mentah, jauh daripada realiti.”

Walaupun Nurmagomedov telah bersara daripada UFC, Presiden UFC Dana White telah berulang kali mengusik tentang idea pertarungan semula dengan McGregor.

White gembira dengan persembahan yang mengagumkan daripada beberapa kad pertarungan UFC 257, termasuk aksi Michael Chandler dan Dan Hooker.

Dan beliau berharap ia boleh membawa “The Eagle” kembali ke octagon. Namun keadaan sekarang White menegaskan ianya agak mustahil.

Selepas kekalahan McGregor, White berkata:

“Dia berkata kepada saya, ‘Dana, jujur ​​pada diri sendiri. Saya berada jauh dari tahap petarung petarung ini dan mengalahkan mereka’.”

Dana White menambah:

“Tapi itu tidak terdengar sangat positif [untuk melihat Khabib kembali], jadi kita akan lihat. Tetapi apa yang saya katakan sebelumnya – dia tidak akan mempertahankan gelarannya. ”

Nurmagomedov telah pun menyerahkan kejuaraannya yang dimenangni ketika menentang Justin Gaethje di UFC 254.

Di mana beliau ketika itu melanjutkan rekodnya kepada 29-0.

Dia kemudian mengatakan bahawa keputusannya untuk bersara didorong oleh janji yang dia buat kepada ibunya untuk tidak bertanding selepas ketiadaan ayahnya di sisinya.

Pada UFC 229, Nurmagomedov menewaskan McGregor secara submission dalam aksi dengan PPV yang paling menguntungkan setakat ini dengan promosi yang paling panas dalam sejarah.

Poirier tewaskan McGregor dengan TKO

Poirier berjaya memenangi pertarungan kelas ringan melawan Conor McGregor di UFC 257 yang berlangsung di Etihad Arena, Abu Dhabi UAE.

Pertarungan, yang hanya berlangsung selama 2 minit 32 saat, cukup pendek, tetapi sangat sengit. Pada awal pertarungan, McGregor sebenarnya telah memulakan aksi dengan baik.

Namun, Poirier berjaya bangkit dan menewaskan pertarung tersebut dengan beberapa siri right hook Poirier melancarkan beberapa siri tendangan yang kuat ke atas The Notorious.

McGregor cuba melakukan serangan balas, tetapi Poirier pula bertahan dengan cukup kemas. Petarung dari Amerika itu terbukti berjaya menewaskan McGregor pada pusingan pertama.

Pada pusingan kedua, McGregor masuk dengan agresif. Petarung Ireland menyerang Poirier dengan tendangan keras dan tumbukannya.

Tetapi Poirier tetap berjaya melepaskan beberapa tendangan ke betis McGregor.

Selepas seminit pertarungan. Poirier melakukan serangan ke atas McGregor. Dia terus mensasarkan bahagian kaki McGregor dan berjaya menganggu pergerakan lawannya itu.

Pertarungan akhirnya dimenangi oleh Poirier setelah kejayaannya berjaya menjatuhkan McGregor. Dia melancarkan tumbukan bertali arus ke arah McGregor.

McGregor mulai hilang kawalan dan keseimbangan membuatkannya terjatuh. Lalu Poirier melepaskan tumbukan lagi dan pengadil tiada pilihan kecuali memberikan TKO.

Kemenangan ini secara tak langsung membuatkan Poirier berjaya membalas dendam di atas kekalahannya di tangan McGregor pada tahun 2014.  Di mana ketika itu McGregor memberikan kekalahan KO pertama buat Dustin Poirier.

 

Baca yang lain