Khabib Tuduh McGregor Pilih Lawan Lemah Dan Yakin Menang Jika Rematch

Khabib Nurmagomedov menganggap musuh UFC beliau iaitu Conor McGregor telah cuba mengelak lawan yang berada di prestasi terbaik untuk memelihara statusnya sebagai pesaing utama kejuaraan.

McGregor menikmati kepulangan sensasi ke gelanggang Octagon pada bulan lepas apabila beliau menewaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone dalam masa 40 saat di UFC 246.

Perlawanan pertamanya sejak kalah kepada Khabib pada Oktober 2018.

Fighter Ireland itu kini sedang berbincang untuk melawan Justin Gaethje pada musim panas ini.

Tetapi perancangan jangka panjangnya adalah perlawanan semula dengan juara Khabib Nurmagomedov.

Kini hanya tinggal tujuh minggu sahaja daripada acara UFC yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah – dimana Khabib dan Tony Ferguson akhirnya bertemu di Brooklyn, New York.

Ini untuk menentukan fighter lightweight terbaik dunia.

‘El Cucuy’ dianggap sebagai satu-satunya fighter dalam kategori Lightweight yang mampu menyekat serangan unik oleh the Dagestani grappler.

Sekiranya Khabib menang pada 18 April nanti, perlawanan ulangan beliau dengan McGregor akan menjadi perlawanan yang mungkin akan dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, ‘The Eagle” mendakwa musuh lamanya itu mestilah menewaskan semua lawan peringkat tertinggi dahulu sebelum mendapat peluang untuk perlawanan merebut kejuaraan.

Dan Khabib telah memperlekehkan lawan McGregor sebagai lawan yang lemah dan tidak berada di prestasi terbaik.

“Cerrone sentiasa tewas dalam semua perlawanan utamanya,”

kata Khabib, dalam Daily Mail.

“Saya tidak ingat bila dia [Cerrone] menang. Dalam 10 perlawanan terakhir, saya fikir dia tewas enam atau tujuh kali.”

“Dia bukannya kelas lightweight atau welterweight sekarang. Dia bukan, sudah tentu, dia mempunyai nama besar tetapi waktu beliau sudah berakhir.”

“Conor perlu memilih lawan yang lebih baik.  Sekarang dia sudah kembali dan mengalahkan ‘Cowboy,’ yang kalah tujuh kali dalam 10 pertarungan terakhirnya, dan kemudian mereka bercakap mengenai bahawa beliau adalah petarung yang paling berjaya.”

“Tidak, dia perlu melawan lawan yang sangat sukar seperti Justin Gaethje atau lawan tang setaraf itu.  Dia terpaksa kembali ke lightweight.”

“Dia terpaksa memotong berat welterweight, dan ini hanya pendapat saya.

“Saya fikir dia takut dengan pertarungan yang sukar.”

https://youtu.be/E0uZAeLC4Pw

Sudah tentu,  situasi semasa seolah-olah menunjukkan bahawa pertemuan kedua, di antara Khabib dan McGregor tidak dapat dielakkan memandangkan beberapa kenyataan Dana White sebelum ini.

Khabib berkata:

“Saya rasa orang hanya mahu melihat kesinambungan apa yang berlaku dalam perlawanan terdahulu,”

“Mereka hanya mahu melihat drama. Jika anda bertanya kepada orang ramai, ‘Guys, siapa yang akan menang?’

“99 peratus akan mengatakan bahawa Khabib akan menang seperti yang dia lakukan dalam pertarungan terakhir.  Tetapi orang mahu melihat bagaimana ianya dilakukan kali ini.”

“Ini bukan perlawanan Lightweight, tetapi jika anda bercakap mengenai drama dan wang, sudah tentu ini bagus. Untuk legasi, saya perlu mengalahkan lawan yang sukar.

Begitulah keyakinan Khabib yang merasakan sekiranya ada perlawanan semula menentang McGregor beliau pasti menang.