Khabib Ucap Tahniah, Tetapi McGregor Menganjing Kemenangan Dustin Poirier

Dustin Poirier memenangi pertandingan Fight of the Year melawan Dan Hooker di UFC Fight Night: Austin.

Ramai yang mengucapkan tahniah termasuk Khabib Nurmagomedov.

“Tahniah Dustin Poirier, pertarungan hebat,” ciap Khabib menerusi twitternya ke atas bekas lawannya sebelum ini.

Bercakap tentang mengalahkan Hooker setelah pertarungan, Poirier berkata, “Itu sukar, brader. Dan datang untuk bertarung. Dia jantan yang sukar dikalahkan.”

“Dia sedang meningkat naik dan benar-benar menyangka dia akan mengalahkan saya.”

“Dia banyak bercakap sampah, mcam tu la, dia akan bergerak maju dan melawan juara – tetapi saya juara.”

“Inilah yang saya suka lakukan. Saya meletakkan semua usaha saya. Saya percaya kepada pasukan, kemahiran, dan etika kerja saya. Saya datang ke sini, menyingkirkan sorang lagi dan mempunyai ada beberapa pusingan lagi dalam diri saya.”

Khabib dan Poirier hanyalah musuh di dalam gelanggang. Namun di luar gelanggang, Khabib telah membantu yayasan kebajikan Dustin Poirier yang membantu mengutip dana bagi bank makanan.

Khabib juga menghormati Dustin Poirier yang menurutnya meghormati lawannya dan tidak suka bercakap sampah.

Malah Khabib pernah memuji Poirier sebagai contoh kepada atlet UFC sebenar. Di mana beliau bertarung sambil berjuang di dalam dan di luar gelanggang.

Kemenangan Poirier

Poirier dan Hooker bertarung dengan lima pusingan yang sangat sengit. Hooker terlebih dahulu mendominasi dan kemudian lawannya mengaum kembali untuk memenangi pertarungan dengan keputusan sebulat suara daripada juri selepas 25 minit.

Namun kegembiraan ‘The Diamond’ itu tidak lama kemudian telah diganggu oleh McGregor yang mahu merosakkan mood keraian Poirier.

Di mana, pesara UFC itu meng-tweet kembali video pertarungan beliau dengan Dustin Poirier sebelum ini yang dikongsikan oleh peminatnya.

McGregor menang ketika itu. Dan dia berada dalam peak kariernya.

Bekas juara dunia dalam dua kelas itu menewaskan Dustin Poirier dalam pertarungan UFC 178 pada 2014.

Di mana pertarungan itu terpaksa dihentikan hanya selepas 1 minit 46 saat pada pusingan pertama.

McGregor baru-baru ini bertarung di kelas welter dalam kemenangannya melawan Donald Cerrone pada bulan Januari. Itu adalah pertarungan terakhir beliau sebelum mengumumkan persaraannya atas alasan UFC sudah membosankan.

Poirier telah mencuba menjadi juara dalam pertandingan sebelumnya menentang Khabib Nurmagomedov di UFC242 pada bulan September yang lalu tetapi, seperti McGregor, beliau tewas.

Dustin Poirier berkemungkinan akan berhadapan dengan Tony Ferguson pada pertarungan seterusnya.

Justin Gaethje, yang mengalahkan Ferguson untuk perebutan gelaran dunia  sebelum ini akan bertemu Khabib untuk perebutan juara dunia. Buat masa ini, Justin Gaethje hanyalah juara interim.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.