Tidak berpuas hati hanya sekadar menjadi bintang TikTok paling popular di dunia, sensasi viral Khaby Lame telah mendedahkan dia kini mahu menceburi bidang lakonan.
Lame, 22, terkenal dengan video lucunya yang bertindak balas terhadap ‘life hack’ oleh para TikTokers yang tidak masuk akal.
Dia sebenarnya beralih ke platform itu selepas kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja kilang semasa wabak itu.
Tetapi dia kini mempunyai cita-cita untuk menakluki dunia layar lebar. Khaby berkata dia suatu hari nanti berharap untuk membintangi filem bersama Will Smith.
Lame telah ditemu bual oleh TMZ awal minggu ini bersama pengurusnya.
Apabila ditanya siapa idola nombor satunya, Lame menjawab: “Will Smith!”
Pengurusnya kemudian menjelaskan: “Dia mula bermimpi untuk menjadi seorang pelakon dan melakukan apa yang dilakukan [Smith] selepas menonton The Fresh Prince of Bel-Air.
“Jadi dia sentiasa menjadi idolanya dan dia mahu menjadi seperti dia.”
Wartawan kemudian bertanya kepada Lame sama ada ini bermakna dia mahu berlakon dalam rancangan TV atau filem, dan pengurusnya menjawab: “Matlamatnya adalah untuk berada dalam filem, dan semoga suatu hari nanti bersama [Smith].”
Berkongsi mesej kepada Smith, Lame berkata terus kepada kamera: “Hei Will, tunggu saya… Saya datang untuk membuat filem dengan kamu.”
Top TikToker Khaby Lame says Will Smith is his biggest acting inspiration, and wants to work on a new movie with him. https://t.co/2F8m3WWB4X
— TMZ (@TMZ) July 2, 2022
Lame, yang dilahirkan di Senegal dan berpindah ke Itali pada usia muda, mulai aktif di TikTok selepas dibuang ke dalam kancah pengangguran semasa awal pandemik coronavirus.
Dia seringkali menyindir trend ‘life hack’ moden dengan menunjukkan cara mudah dan menggunakan gaya tangan ikonik sambil menggeleng kepala.
Setelah memegang kedudukan nombor dua di TikTok sejak Julai 2021, bulan lalu dia melepasi 143 juta pengikut untuk menjadi bintang paling sohor di laman web itu – dia kini mempunyai 145.4 juta pengikut.
Charli D’Amelio, yang merupakan orang pertama melepasi 100 juta pengikut di TikTok pada November 2020, kini menduduki tempat kedua dengan 143.2 juta pengikut.
Senegal born, Khaby Lame was fired from his factory job during Covid-19 outbreak, he created a TikTok account and now has 143 million followers. That's more than anyone else in the world, and he did it without literally saying a single word in his videos. pic.twitter.com/W9POUKZb6z
— Africa Archives ™ (@Africa_Archives) June 25, 2022
Lame memberitahu TMZ bahawa dia sangat meminati D’Amelio, setelah bertemu dengannya pada Februari tahun lalu ketika dia berada di tempat teratas.
Pengurusnya menjelaskan bagaimana dia mendengar D’Amelio bercakap ‘banyak kata-kata indah’ untuk dikatakan tentang dia dalam temu bual sebelum ini, sambil menambah: “Dia akan berterima kasih kepadanya untuk apa yang dia katakan kerana dia berfikir perkara yang sama tentang dia – bahawa dia sangat manis, sangat berbakat. Dia suka video dia [D’Amelio].”
Dia juga berkata Lame akan teruja untuk membuat video dengannya, mengatakan pasangan itu mempunyai rancangan untuk bertemu di LA tidak lama lagi.