Kedah FC baru baru ini mengumumkan pelantikan jurulatih penjaga gol baharu Khairul Azman Mohamed.
Penjaga gol lagenda yang sinonim dengan pasukan Sabah itu sebelum ini bertugas di JDT. Dan menjadi nadi gol berprestasi tinggi di kelab tersebut.
Kedah FC mengalu alukan kedatangan Khairul Azman Mohamed dengan menyatakan:
“Selamat datang ke keluarga pasukan hijaukuning BRO! Hari ini merupakan hari pertama buat jurulatih penjaga gol baharu pasukan KDA FC. ”
“Beliau yang cukup dikenali ketika zaman kegemilangan era 90an ketika beraksi dengan pasukan Pahang dan Sabah kini memilih untuk melatih barisan penjaga gol skuad hijaukuning.”
“Sebelum ini beliau merupakan barisan kejurulatihan di JDT FC.”
Khairul Azman terlibat dalam latihan pra musim bagi persiapan menghadapi musim hadapan.
Khairul Azman menyatakan keterujaannya dan berkata:
“Assalamualaikum, saya rasa teruja selepas setahun berehat, selama ini dengan pasukan yang besar (JDT FC), lepas tu dengan pasukan hebat jugak (KDA FC), musim lepas di tangga kedua liga super. Tak tahu nak cakap macam mana lagi sebab teruja.”
“Tahniah kepada KDA FC layak ke pentas Asia, saya rasa bangga juga kerana sebelum ni pengalaman dengan JDT FC, sekarang dengan KDA FC.”
“InsyaAllah saya akan bantu apa yang patut dan menjadi jurulatih penjaga gol di Kedah pun dalam keadaan pasukan yang bersedia dari segi banyak aspek, nampak pemain-pemain pun dalam sesi latihan pertama saya moral mereka cukup tinggi.”
“Dari komitmen penjaga gol Kedah di hari sesi latihan pertama, mereka bagi kerjasama yang baik.”
“InsyaAllah saya sasarkan sekarang adalah Ifwat untuk ideal cergas, dan ketiga-tiga penjaga gol untuk sama tahap, tiada pilih kasih, saya harap mereka akan terus bagi kerjasama dan pemain buatlah yang terbaik untuk KDA FC bagi musim 2021.”
“Pemain-pemain muda Kedah nampak memberangsangkan dari segi kesungguhan mereka, harapnya kesungguhan mereka berpanjangan sampai bila-bila.”
“Walaupun mereka saya anggap berkualiti tetapi tahap di Liga Super dan AFC berlainan dan perlu komitmen tinggi, saya akan bantulah macam mana cara sekalipun.”
“Saya harap penyokong Kedah sentiasa beri sokongan yang padu, jangan berbelah bahagi, menang dan kalah tu adat bolasepak.”
“Dari masa main di Pahang dan Sabah dulu saya dapat rasakan mereka memang fanatik, saya doakan wabak ini cepat terhapus dan kita redha ini semua dugaan Allah.”
Dan terbaru Khairul Azman Mohamed menekankan isu berat badan yang melanda penjaga gol utama pasukan Kedah.
Koresponden Nadi Arena, Fina Nasrom melaporkan Khairul Azman mengarahkan tiga penjaga gol pasukan utama untuk menurunkan berat badan mereka.
1. Muhammad Ilham Amirullah Razali
2. Mohd. Ifwat Akmal Chek Kassim
3. Mohd. Shahril Sa'ari👆🏻
Wajib turunkan berat badan – Khairul Azman Mohamad, Jurulatih Penjaga Gol Kedah@ASTROARENA
— FinaNasrom (@fnasrom) December 27, 2020
Berat badan ideal amat penting untuk membantu peniaga gol berada dalam prestasi terbaik.