Khamzat Chimaev Menganjing Khabib Yang Menasihatinya Bahawa Dia Perlukan Seorang Muslim Dalam Kemnya

Khamzat Chimaev terus menganjing Khabib Nurmagomedov. Tidak tahulah kenapa dia benci dengan legenda UFC itu.

Tahun lalu dia menganjing Khabib kerana Khabib menyatakan dia menolak budaya ring girl dalam EFC yang dimiliknya.

Sebelum itu Chimaev pernah menjelaskan apa masalah dia dengan Khabib selepas perang di Twitter di antara mereka.

Chimaev berkata kepada Talk Sport: “Ada sesetengah orang menulis, ‘Khabib akan lunyaikan kamu’. Tapi takkan saya nak jawab bangsat yang orang tak kenal pun dia siapa.”

“Kalau saya dapat bercakap depan mamat tu, saya akan cakap, jika Khabib nak belasah saya, saya pun akan belasah dia juga. Saya jawab begini sebab saya lelaki sejati. Takkan nak biarkan orang sewenang wenang mahu menghentam kamu.:”

“Tiada orang yang boleh belasah saya. Sebaliknya saya yang akan pergi belasah semua orang.”

“Jika kamu lelaki sebenar, kamu akan berfikiran seperti itu, kecuali kamu ni ayam [pengecut] dan kamu tak boleh bertahan [di atas].”

Chimaev menafikan dia bencikan Khabib, tetapi menegaskan cuma kadangkala dia tak sependapat dengan petarung dari Dagestan itu.

“Orang ingat saya bencikan dia. Taklah! Saya sukakan dia sebab dia seorang Muslim. Saya pun Muslim.”

“Kami ada persamaan. Dia datang dari sebuah perkampungan macam saya, dari negara yang sama. Republik kecil Chechnya, Dagestan, memang sama saja.”

“Dan ya, saya Muslim, dia Muslim – alhamdulillah.”

Selepas lama tidak bercakaran di media sosial, kedua duanya kembali menjadi perhatian. Ianya selepas Chimaev gagal dalam sesi timbang badan untuk kelas welterweight 170 pound. Di mana badannya lebih 7.5 pound.

Nurmagomedov memberikan komen tentang Chimaev yang gagal menepati berat badan ditetapkan dan menyatakan bahawa petarung itu sedang dikelilingi orang yang tak betul. Dia perlukan seorang lagi Muslim bersamanya untuk menjadi penasihat dan menegurnya.

‘Borz’ bertelagah dengan lawannya dalam sesi face off baru baru ini, yang menyaksikan sidang akhbar pra-pertarungan dibatalkan. Dia juga gagal untuk menempah pertarungan acara utama menentang Nate Diaz.

Bekas raja kelas ringan UFC, Khabib Nurmagomedov itu mendakwa Chimaev sedang hanyut kerana egonya semakin tinggi. Ramai juga pemerhati merasakan Chimaev akan berdepan masalah besar untuk kembali kepada berat 170 pound kerana jumlah yang dia ‘lari’ terlalu tinggi.

“Jika kamu seorang Muslim, kamu sepatutnya mempunyai orang yang baik di sekeliling kamu,” katanya semasa acara amal.

“Orang Islam yang boleh berkata ‘Hei, jangan buat begini.’ Saya baru-baru ini menonton sesi timbang badan Khamzat Chimaev. Saya mengikuti apa yang berlaku dengan berat badannya dan melihat telah pasukannya.”

“Tidak ada seorang pun orang Islam di sekelilingnya dan ini sangat buruk. Kerana jika kamu seorang Muslim, kamu memerlukan orang yang baik dan kuat di sekeliling kamu yang akan berkata ‘Kembali ke sini, buat macam ini.'”

Nurmagomedov menambah: “Apabila kamu sudah menjadi terkenal dan kaya, apabila kamu mendapat kuasa dan tidak ada orang yang akan berani memberi nasihat atau kamu tidak mahu mendengar mereka kerana ego, maka sesuatu akan berlaku.”

“Kamu memerlukan orang yang baik yang jujur, walaupun kamu tidak menyukainya, kamu memerlukan mereka.”

Nasihat yang diberikan Khabib itu ternyata tidak diterima Chimaev. Dia malah menganjing Khabib dan kemudian memadam komennya di post peminat.

Petarung berusia 28 tahun itu menjawab seorang peminat yang mendakwa melihatnya ‘melepak di restoran selama berjam-jam’ pada malam sebelum timbangan badan dilakukan dengan membandingkan isu penurunan berat badan Nurmagomedov pada masa lalu.

Chiamaev mengejek dengan berkata: “Saya makan tiramisu terlalu banyak, sebab itu pertarungan saya dengan Tony Ferguson telah dibatalkan lima kali,” tulisnya.

Chimaev seakan akan troll Khabib yang sebelum ini dituduh selalu mengelak menentang Ferguson.

Balasan itu telah dialih keluar daripada Instagram.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan