Sami Khedira berkongsi tentang pengaruh positif yang dibawakan oleh Cristiano Ronaldo ketika dia menyertai Juventus.
Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid dengan perpindahan dilaporkan mencecah €100 juta.
Di Juventus Ronaldo bukan sahaja memberikan impak yang positif di atas padang. Namun di luar padang juga.
Khedira berkongsi cerita bagaimana Ronaldo memainkan peranannya seperti seorang abang kepada pemain pemain muda.
“Ada sekali, Chiesa menuju ke gym dengan telefon di tangannya. Dia skrol la fon tu tadi. Lepas tu, Ronaldo melihatnya.
“Ronaldo menegurnya, ‘Chiesa kamu buat apa?’ Nak ke mana?’ Chiesa memberikan isyarat dia mahu menuju ke gym.
“Ronaldo kemudian berkata: ‘Kamu tak perlukan telefon kamu apabila berada di gym. Masuk ke gym bermakna kamu sedang bekerja’,” kata Khedira berkongsi cerita dengan Rio Ferdinand.
🗣️ Khedira on Ronaldo: “Chiesa had his phone in his hand and was walking into the gym – Cristiano looked at him like 'what are you doing and where are you going?'
You don't need your phone, go in the gym and work. The quality of training when he came to Juventus, it was a… pic.twitter.com/UZ8iJlZB0O
— Football Talk (@FootballTalkHQ) June 24, 2024
Khedira menambah: “Sejak dia tiba di Juventus, cara kami berlatih berubah sama sekali. Dan ianya di tahap yang berbeza sama sekali.
“Dia mahu setiap percubaan tepat dia buat harus masuk. Dia sentiasa ingatkan kami, jangan main bola semata mata kerana wang, main sebab wain [simbolik keraian piala], sebab nak makan. Dia memang seorang yang tegas dan pada masa yang sama sangat mesra.”
Ronaldo masih lagi menjadi pemain penting untuk Portugal walaupun sudah menghampiri usia 40 tahun.
Rakan baiknya, Evra pernah berkongsi bahawa Ronaldo memang ‘hantu’ latihan dan sangat mementingkan soal pemakanan yang sihat.
“Ronalo jemput saya ke rumahnya untuk makan makan. Kamu pasti akan harapkan kamu makan daging sedap sedap. Tak! Yang ada ikan, buah buahan, salad.”
“Dia tak suka makanan frozen, atau makanan ringan dan suka makanan yang segar.”
“Lepas kami makan dia terus ajak saya ke halaman rumahnya untuk bermain menghantar hantar bola.
“Dia suruh saya datang lagi untuk makan di rumahnya. Saya nasihati kamu, jika Cristiano ajak kamu makan ke rumahnya, baik tak payah datang.”