Kedah Darul Aman sudah mengesahkan bahawa Aidil Sharin Sahak tidak lagi bergelar ketua jurulatih pasukan Hijau Kuning. Ini selepas pengurusan KDA FC tidak berpuas hati dengan prestasi pasukan dalam kempen Liga Super musim ini.
Aidil Sharin memiliki rekod yang agak baik dengan pasukan Kedah. Di mana dia membantu Kedah memenangi Piala FA 2019. Dan layak ke separuh akhir Piala AFC zon Asean. Beliau juga membantu Kedah FC layak ke Piala AFC selama 3 musim berturut turut.
LEGASI AIDIL SHARIN SAHAK SEBAHAGIAN SEJARAH BOLASEPAK HIJAU KUNING
🏆Juara Piala FA 2019
🥈Naib Juara Piala TM Malaysia 2019
🥈Naib Juara Liga Super pada musim 2020 dan 2021
📈Layak ke peringkat Separuh Akhir Zon Asean Piala AFC 2022
🎫Kedah layak 3 tahun berturut-turut ke AFC pic.twitter.com/8dTA1ICKjv— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) October 17, 2022
Namun pengurusan Kedah FC merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan drastik.
Buat sementara ini, Victor Andrag akan menjadi interim, sementara menunggu ketua jurulatih baharu dilantik.
Ada beberapa nama yang dikaitkan dengan Kedah setakat ini. Salah satu nama yang mencuri perhatian ialah Kiatisuk Senamuang. Bekas jurulatih Thailand itu bukanlah kali pertama dikaitkan dengan Kedah.
Malah selepas pemergian Ramon Marcote dahulu, nama Kiatisuk sudah digembar gemburkan dengan pasukan Kedah.
Kiatisuk memiliki rekod yang baik ketika mengendalikan pasukan Thailand. Membantu membangkitkan semula bola sepak Thailand dengan gaya permainan bola rendah dan membangunkan pemain pemain muda.
Dia membantu Thailand memenangi 2 kejuaraan Piala AFF serta 1 pingat emas dalam Sukan SEA.
Ianya dianggap menepati kriteria Kedah yang sudah memborong 13 pemain AMD – seperti yang dilaporkan laman Harimau Malaya.
Selain itu Senamuang juga pernah berkarier di Malaysia sebagai pemain ketika menyarung jersi pasukan Perlis pada satu ketika dahulu.
Media Thailand melaporkan bahawa kontrak semasa Kiatusuk dengan kelab Hoang Anh Gia Lai akan tamat pada November 2022 ini.
Seterusnya, selain Kiatisuk, nama Nafuzi Zain juga dikaitkan dengan Hijau Kuning. Namun pengurusan Terengganu sudah menyatakan hasrat mereka mahu pengendali itu terus kekal bersama mereka.
Ini selepas Nafuzi berjaya membawa Terengganu ke Piala AFC musim hadapan sebagai naib juara Liga Super 2022.
Jadi, ianya bukan perkara yang mudah untuk Kedah membawa masuk Nafuzi Zain ke pasukan mereka.
Pada pandangan anda, siapakah yang akan menjai ketua jurulatih Kedah FC yang baharu selepas era Aidil Sharin?