Filem ini ibarat filem Taken versi wanita. Cuma action packs tu tak ada la banyak sangat. Sebab watak si ibu dalam filem ini bukanlah yang ada background special force, pandai bertumbuk, guna senjata dan sebagainya.
Apa yang korang rasa apabila penculik ada depan mata dan mengiktiraf anak korang tu milik dia sebab dia dah berjaya menculiknya.
Ia berkisarkan kisah seorang ibu tunggal membawa anaknya beriadah setelah penat bekerja di sebuah kafe.
Halle Berry ataupun Karla dalam filem ni memang jadi ibu yang biasa bukan jenis gadis hot seperti korang selalu tengok sebelum ini.
Karla sangat sayangkan anaknya sama seperti ibu yang lain. Dia akan cuba mencari masa untuk diluangkan bersama dengan anaknya.
Dan suatu hari, Karla membawa anaknya ke pusat riadah. Karla mengangkat satu panggilan telefon. Hanya beberapa detik sahaja si ibu terlepas perhatian terus dia hilang anaknya.
Momen panik terus bermula. Dia berhadapan dengan penculik yang muka selamber tetapi bahaya.
Si ibu terpaksa mengejar penculik supaya tak hilang jejak. Termasuk halangan di dalam situasi jam.
Ya dia dapat jejak tetapi penculik mengancam akan membunuh anaknya jika dia mara lebih dekat.
Namun pada satu detik dia juga hilang jejak. Ikatan kekeluargaan yang kuat antara ibu dan anak pastinya menjadi tunjang utama filem ini.
Quote si Halle berry dalam filem ini :
‘Kau cari pasal dengan ibu yang salah.’
Karla memang seorang wanita yang lemah lembut. Dan dia berhadapan dengan satu detik di mana dia perlu melakukan beberapa perkara yang agak bahaya.
Karla akhirnya berjaya menjejak penculik sehingga ke rumah mereka. Dan dia meminta bantuan daripada pihak berkuasa.
Namun apa yang terjadi selepas itu? Korang kena tengok sendiri. Dapatkah Karla membawa pulang anaknya ke rumah sekali lagi?
Filem ini memang bukan macam filem Taken tu. Jika korang ada expectation atau selera yang tinggi ke atas action movies dan juga konflik pecah kepala, filem ini mungkin bukan untuk anda.
Ya filem ini agak ringan dan level telemovie untuk sebuah produksi Hollywood dengan nama Halle Berry di dalamnya.
Tetapi ianya sangat sesuai ditonton oleh keluarga kerana tiada scene terlalu ganas ataupun scene yang tak sesuai dengan anak anak.
Plot cerita ni sederhana. Tak laju dan tak perlahan. Jika korang memang pencinta karya filem kekeluargaan, korang tiada masalah dengannya.
Halle Berry mungkin digambarkan bad mother kerana terhilang anaknya. Namun kita semua manusia. Kadangkala kita memang akan melakuakan kesilapan seperti itu.
Ia juga pengajaran kepada ibu bapa di luar sana, agar jangan sesekali leka ketika membawa anak bersiar-siar.