Kieran Trippier Berdepan Penyokong Yang Maki Hamun Mereka Sebab Kalah

Kieran Trippier terlibat dalam satu konfrontasi dengan penyokong sendiri. Ini selepas Newcastle tewas di tangan Bournemouth dalam aksi di Vitality.

Dua gol oleh Dominic Solanke pada separuh masa kedua membuatkan Newcastle menelan kekalahan yang tidak boleh diterima peminat mereka.

Selepas tamat perlawanan, penyokong Newcastle memaki hamun pemain sendiri dengan kata kata kesat.

Trippier yang kecewa dengan sikap toksik penyokong itu telah datang mengadap mereka. Dan dia dengan tegas meningatkan penyokong bahawa kelab mereka dalam krisis kecederaan.

Jadi itulah punca mereka tidak dapat menunjukkan prestasi terbaik.

Trippier dilihat beberapa kali mencelah penyokong yang sedang bercakap dengan berkata: “Berapa banyak kecederaan yang kita ada? Berapa banyak kecederaan yang kita ada?”

Dia terus mahukan peminat Newcastle memberitahunya tentang perkara itu.

Joelinton datang menenangkan pemain itu dan menariknya beredar daripada tempat konfrontasi.

Kekalahan itu menyebabkan Newcastle dipintas oleh Manchester United dalam carta liga. Newcastle menghuni tangga ketujuh pada masa ini. Menyukarkan usaha mereka mahu ke UCL musim hadapan.

Selain daripada krisis kecederaan, Newcastle turut kehilangan pemain penting mereka Sandro Tonali yang digantung 10 bulan kerana masalah perjudian bola sepak di Itali.

Ianya jelas memberikan impak kepada squad depth pasukan Newcastle United yang dijangka akan mebuat pembelian pada Januari ini.