Killer Pass Padu Keita Disudahkan Sadio Mane

Naby Keita menunjukkan aksi cemerlang beliau dalam aksi berdepan dengan Aston Villa dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Pemain dari Guinea itu melakukan satu assist kepada Sadio Mane dalam perlawanan ini.

Naby Keita yang tampan bergaya itu telah terlibat dalam banyak sekali aksi.

Beliau melakukan 92 sentuhan, dengan 69 hantaran yang 85.9% adalah tepat.

Selain itu, Keita membuktikan keupayaan beliau di final third dengan mencipta dua peluang gol dalam perlawanan ini.

Salah satu daripada ciptaan peluang itu bertukar menjadi assist. Ianya dilakukan dengan killer pass.

Killer pass adalah hantaran membelah pertahanan lawan. Korang layan di sini:

Liverpool menang 2-0 dalam aksi yang penuh mencabar. Di mana The Reds terpaksa menunggu sehingga ke separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan.

Sadio Mane dan pemain muda yang masuk dari bangku simpanan, Curtis Jones berada dalam senarai penjaring go;l.

Liverpool kini mencatatkan 17 kemenangan daripada kesemua 17 aksi di Anfield setakat ini.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan