Korea Utara mewartakan peraturan baharu di negara itu dengan melarang rakyatnya daripada membunuh diri. Kerajaan menunjukkan keprihatinan ke atas rakyat dengan melakukan usaha pencegahan.
Bunuh diri dianggap budaya tidak sihat yang dibawa dari Selatan (Korea Selatan). Korea Selatan banyak sekali kes bunuh diri. Termasuk daripada kalangan tokoh dan selebriti.
Kadar bunuh diri di Korea Utara telah meningkat kepada 40% pada 2022. Dan ianya membimbangkan pemimpin agung ataupun supreme leader, Kim Jong Un.
Kim Jong Un memperkenalkan dasar baharu kerajaan yang membantu rakyatnya agar menjauhi gejala bunuh diri.
Malangnya, usaha kerajaan itu dilihat kurang berhasil. Lalu Kim Jong Un mengenakan peraturan baharu yang tegas. Di mana, sesiapa sahaja rakyatnya yang cuba membunuh diri, mereka akan ditangkap dan kemudian dihukum mati.
North Korea's Kim jong un 'bans suicide in nation. Those who attempt and fail will be killed. #koronublog pic.twitter.com/fdggLNxYQ9
— KORONUBLOG 😔❌ (@Koronublog2) June 22, 2023
Ramai agak keliru dengan peraturan itu. Seorang netizen berkata: “Bayangkan kamu menghubungi talian bantuan bunuh diri. Dan kerajaan mendapati kamu sebenarnya cuba bunuh diri, maka kamu ditangkap dan kemudian dihukum mati.”
Seorang lagi berkata: “Tidak pasti itu hukuman mencegah atau membantu memudahkan proses bunuh diri.”
Walaupun Kim Jong Un mungkin menyalahkan Korea Selatan seperti biasa, namun kes bunuh diri di Korea Utara dipercayai daripada tekanan hidup, kemiskinan dan kebuluran terutama sekali pasca pandemik.