Kim Jong Un Sihat Walafiat Selepas Pembedahan Jantung Kerana Kuat Merokok Dan Terlalu Kuat Bekerja

Sejak kebelakangan banyak berita yang melaporkan bahawa Supreme Leader Korea Utara, Kim Jong Un sudah meninggal dunia.

Namun semalam pemerintah Korea Selatan telah membantah khabar angin tersebut. Ini selepas satu pertemuan tertutup di Seoul.

Pegawai penasihat kerajaan Korea Selatan, Moon Chung In malah menyatakan bahawa Kim Jong Un sihat walafiat.

“Kim Jong Un masih hidup dan sihat. Dia telah tinggal di daerah Wonsan sejak 13 April lalu. Setakat ini ini tidak ada gerakan mencurigakan yang dikedan,” tegas beliau lagi.

Spekulasi Kim meninggal mulai muncul setelah beliau tidak menghadiri acara perayaan ulang tahun memperingati Kim Jong Il dan datuknya Kim Il Sung pada 15 April lalu, yang juga merupakan hari cuti Korea Utara.

Tegas Ching In, ketidakhadiran Kim dalam acara tersebut adalah atas alasan tersendiri, tidak seperti yang banyak berlegar dilaporkan media.

Menurut sebuah laporan, ketika itu Kim sedang menerima rawatan di hospital setelah menjalani prosedur rawatan kardiovaskular (jantung).

Namun, CNN kemudian melaporkan bahwa risikan Amerika Syarikat sedang memantau Kim, dan mengatakan keadaan Kim merisaukan.

The Daily NK, laman web berpangkalan di Seoul yang banyak mengumpulkan informasi dari informan mereka di Korea Utara, melaporkan bahwa: Kim sudah selesai menjalani “prosedur pembedahan kardiovaskular” dan sekarang mulai pulih.

Mereka juga menulis bahawa kesihatan Kim memburuk dalam beberapa bulan yang lalu. Ini akibat tabiat merokoknya yang sangat kuat.

Lebih teruk, Kim memiliki berat badan berlebihan dan ditambah tekanan terlalu banyak bekerja.

Dilaporkan beberapa doktor dari China diterbangkan ke Korea Utara untuk merawat supreme leader.

Laporan yang sama juga menambah bahawa Kim kini berada di sebuah vila di daerah Gunung Kumgang, Hyangsan di pantai timur negara beliau.

Namun media tersebut tidak dapat memberikan pengesahan mutlak kepada berita tersebut kerana mereka hanya melaporkan apa yang mereka terima daripada memberi informasi mereka di Korea Utara.

Berita mengenai kesihatan pemimpin Korea Utara adalah salah satu rahsia besar negara yang paling dijaga ketat.

Hal itu biasanya hanya diketahui segelintir orang di lingkaran dalam pemerintah Korea Utara. Jadi, boleh jadi ada pegawai kanan kerajaan mereka yang menjadi pemberi maklumat kepada Korea Selatan.

Korea Utara memang sebuah negara dengan dasar tertutup. Dan mereka mengawal ketat segala informasi mengenai pemimpin tertinggi mereka. Ini termasuk ketidakhadirannya di dalam acara rasmi.