Kim Min Jae Sedih Periuk Nasi Elektrik Dicuri

Pemain bek tengah Korea Selatan dan Bayern, Kim Min Jae telah dirompak di rumahnya ketika dia sedang berpindah ke rumahnya di Munich.

Kim Min Jae menyertai Bayern Munich musim ini. Dan dia baru sahaja mendapat kediaman baharunya di Munich.

Kim Min Jae bagaimanapun telah dirompak dan periuk elektrik yang dia tinggalkan di luar rumah telah dilarikan perompak.

Kejadian itu berlaku ketika Kim mengambil kotak lain dari kenderaannya. Kim Min Jae dilaporkan sangat sedih kerana periuk itu adalah periuk asli dari negaranya Korea Selatan.

Ejen kepada pemain itu sudah bertekad akan mendapatkan periuk elektrik yang sama dari Korea Selatan.

Namun begitu, tiada kecederaan yang dialami oleh Kim Min Jae. Itu yang lebih penting.

Kim Min Jae menjadi salah seorang bek tengah terbaik dunia pada masa ini. Dia membantu Napoli menjuarai Serie A musim lalu.

Selepas musim yang cemerlang bersama dengan Napoli, Kim Min Jae mendapat banyak tawaran daripada kelab besar lain. Dia awalnya dikaitkan dengan Man United.

Namun Bayern lebih serius dalam rundingan dan berjaya mendapatkan tandatangan pemain itu dengan menghantar pegawai mereka untuk berjumpa dengan ejennya di Korea Selatan.

Ketika itu Kim Min Jae masih menjalani latihan ketenteraan khas untuk atlet yang berjasa kepada negara.