Kim Pan Gon: Wajib Tewaskan Taiwan Atau Lupakan Saja Piala Dunia

Jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Kim Pan Gon menyatakan bahawa dia mahukan kemenangan daripada aksi menentang Taiwan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026.

Malaysia dalam mood positif selepas bangkit menewaskan Republik Kyrgyz minggu lalu dengan skor 4-3. Perlawanan yang dianggap antara perlawanan terbaik dalam sejarah Harimau Malaya.

Kini Kim Pan Gon mengepalai Malaysia untuk menentang bekas pasukan lamanya iaitu Taiwan. Di mana KPG sedar rekod dua perlawanan terakhir Malaysia menentang Taiwan adalah teruk, Malaysia kalah kedua duanya. Kali terakhir Malaysia kalah 2-0 dalam aksi persahabatan pada 2018.

Bagi Kim Pan Gon mudah, jika Malaysia gagal menewaskan pasukan seperti Taiwan maka, Malaysia harus melupakan sahaja aksi di Piala Dunia, mudah bukan?

Taiwan adalah pasukan yang paling rendah dari kalangan pasukan yang beraksi di kumpulan D. Malaysia di kedudukan ke-137 pada masa ini. Dua lagi lawan adalah di ranking lebih baik di atas 100.

Jadi tiada alasan untuk tidak menang menentang Taiwan jika berimpian mahu mara ke pusingan seterusnya dan beraksi di Piala Dunia kelak.

Ini kerana untuk layak ke Piala Dunia, Malaysia tidak boleh tewas dalam aksi menentang pasukan seperti Taiwan.

“Kita tak layak untuk berada di pusingan seterusnya jika kita gagal melepasi halangan yang ini,” kata pengendali asal Korea Selatan itu.

“Jika kita gagal dapatkan 3 mata daripada perlawanan ini, maka kita akan dalam kesulitan. Pemain pemain saya benar benar bersemangat untuk perlawanan ini,” tambah beliau lagi.