Kimberly Si Ranger Merah Jambu Legenda

Amy Jo Johnson lahir pada 6 Oktober 1979. Beliau merupakan aktres, penyanyi dan komposer di USA.

Untuk anda yang zaman kanak kanak disajikan dengan Mighty Morphin Power Rangers, sudah pasti ramai anda crush dengan Kimberly Ann Hart ataupun Pink rangers.

Kimberly Ann Hart digambarkan rangers paling comel dan dikuatkan dengan beberapa jalan cerita yang menampakkan Kimberly ni jadi pujaan ramai termasuk di kalangan Rangers sendiri.

Kimberly menjadi antara manusia pertama dipilih Zordon bersama sama dengan rakan-rakannya, Jason Lee Scott, Zack Taylor, Billy Cranston Dan Trini Kwan, ketika bumi diancam oleh Rita Repulsa.

Kimberly menerima Pterodactyl Kimberly si Rangers Merah Jambu dan robot Pterodactyl Dinozord ketika majlis perlantikan menjadi Pink Rangers.

Ketika itu saya sahkan tiada yang keluar dewan masa upacara angkat sumpah.

Kimberly si Rangers Merah Jambu

Sisi normal beliau, Kimberly hanyalah gadis tipikal ‘girl next door’.

Awalnya dia seorang yang ceria dan juga sarcastic.

Namun selepas mendapat tanggungjawab daripada Zordon, dia mulai lebih matang dan semakin baik hati.

Dia pernah bertukar tubuh dengan Billy. Dan Billy memang rakan rapatnya.

Kimberly adalah gimnastik yang sangat berbakat dan kerapkali menggunakan keupayaan akrobatiknya menentang askar Rita.

Selain daripada gimnastik, Kimberly menjadi pengajar kelas tarian di Angel Grove’s Youth Center.

Dia juga mampu berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

Tak cukup dengan itu Kimberly menguatkan CV-nya sebagai gadis idaman semua jejaka dengan menjadi cheer leader.

Dia boleh menyanyi dan suka memetik gitar seperti Daiyan Trisha.

Dia dan Trini sangat kisah pasal alam sekitar. Mereka berusaha menjadi pelopor yang menggerakkan petition kesedaran alam sekitar di sekolahnya.

Lord Zedd pernah memanipulasi sisi buruk beliau dengan menggunakan api kecemburuannya untuk menentang rangers yang lain.

Huru hara dunia masa tu.

Namun Kimberly berjaya kembali kepada dirinya yang baik hati dan mengatasi perasaan itu dan menewaskan raksasa Lord Zedd.

Kimberly Dan Tommy

Ketika Tommy Oliver berpindah ke Angel Grove, Kimberly tertarik dengan Tommy. Ni kira kisah cinta la ni.

Kimberly sangat kecewa apabila Tommy berjaya dipengaruhi oleh Rita.

Namun Tommy lepas tu berjaya la atasi spells tu.

Si Kimberly ni sangat setia dan tak pandang kuasa. Dia pernah mencium Tommy ketika Tommy hilang kuasa sebagai Power Rangers hijau.

Dia menyokong Tommy dan menerima pelawaan Tommy untuk keluar ke majlis tari menari.

Skull si kaki buli adalah antara peminat fanatik Kimberly ni namun sebab dia ni jenis masuk air, Kimberly cuma senyum dan tengok je lah.

Namun Kimberly ni baik hati. Ketika si Skull ni kecewa dia pernah juga ajak Skull ni menari. Mujur dia tak cakap menari tiada dalam perancangan ketika itu.

Ranger Merah Jambu Terus Berbakti Tanp Penat

Musim kedua, Kimberly mengawal Firebird Thunderzord. Tommy Sekali lagi hilang kuasa Green Ranger dan meninggalkan Angel Grove.

Kimberly rindu gila dengan si Tommy.

Kimberly diculik oleh Zedd dan mahu menjadikannya sebagai permaisuri alam hitam.

Kimberly menggunakan Goldar dan menghasut Goldar. Kimberly memberitahu Goldar ni mangsa penderaan Rita. Goldar membuka jalan Kimberly keluar.

Tommy kemudian kembali sebagai Rangers Putih pulak.

Dan mereka berdua meneruskan keintiman mereka.

Bersara Awal

Seperti Lionel Messi, Kimberly pernah bersara daripada bidangnya pada peak beliau. Tapi dia bersara teruslah.

‘Kenapa aku terbabit sekali’

Dalam musim ketiga, Kimberly pernah terlepas task ke planet Edenoi kerana flu.

Thunderzords juga diserang pada musim ini. Kimberley dan rakan rakannya pergi ke Desert of Despair dan mendapatkan coin kuasa baru daripada pencipta Power Coins, Ninjor.

Kimberly diberikan Pink Crane Ninjazord. Yang lain aku tak kisah, jangan kau tanya, sebab ni cerita Kimberly.

Rakan baiknya, Aisha dan keluarganya diserang raksasa bernama Artistmole, yang dicipta daripada mimpi ngeri Kimberly tentang tunang ibunya.

Kimberly berjaya menewaskannya.

Ketika pertengahan musim ke-3, Amy Jo Johnson meminta watak Kimberly dihapuskan. Ini kerana beliau tidak dapat memberikan komitmen.

Amy mendapat tawaran berlakon lain.

Episod musim tersebut kemudiannya berkisarkan tentang Kimberly yang akan pergi meninggalkan team Rangers.

Lord Zedd sekali lagi menculik Kimberly dan berjaya diselamatkan rakan-rakannya.

Kimberly dalam episod ini pernah hilang kuasa dan terpaksa menerima kuasa daripada Rangers lain.

Tommy sangat faham situasi ini kerana pernah mengalaminya. Dia paling kuat menyokong Kimberly seperti mana Kimberly lakukan kepadanya dahulu.

Kimberly kemudian menyertai acara gimnastik namun disabotaj Zedd dan Rita. Dia terjatuh.

Rakannya Katherine kemudian keluar daripada pukauan Rita dan mengembalikan Power coin kepada Kimberly.

Ketika Zordon dengan berat hati menerima pemergian Kimberly, pink Rangers ini menyerahkan coin kuasanya kepada Katherine.

Kimberly pilih Katherine sebagai penggantinya.

Dan begitulah kisah Kimberly berakhir dalam siri Power Rangers.

Pasca Pink Ranger

Selepas era Power Rangers, Amy Jo Johnson berlakon dalam drama terbitan Warner Bros berjudul Felicity sebagai Julie Emrick.

Dia kemudian menerbitkan single Puddle of Grace.

Amy Jo Johnson turut membawa watak polis, Stacy Reynolds dalam The Division. Beliau berlakon dalam beberapa drama lagi selepas tu termasuk Flashpoint.

Walau apapun watak dia, Kimberly adalah Amy Jo Johnson dan watak itu sangat berpengaruh termasuk dalam Power Rangers The Movies.

Kimberly ataupun Amy Jo Johnson dianggap the best pink Rangers pernah ada.

Dia selalu juga jadi cameo dalam beberapa seiring Power Rangers selepas tu.

Maaf tiada video kali ni. Nanti korang kutuk jugak kalau aku up video.

Baca yang lain