Kimmich Dedah Pemain Bayern Sudah Diberitahu Tentang Kecenderungan Burki

Joshua Kimmich menganggap jaringannya ke atas Borussia Dortmund sebagai gol tercantik di dalam kariernya setakat ini.

Kimmich mencetak gol itu pada minit ke-43 separuh masa pertama. Satu gol yang sangat jahat dan melemaskan Roman Burki.

https://twitter.com/D9INE_FOOTBALL_/status/1265427800351076352?s=19

Gol itu telah memberikan tiga mata berharga kepada Bayern.

Mereka bergelut untuk mencari gol kerana kecemerlangan Burki dan juga pertahanan Borussia Dortmund.

Joshua Kimmich kini telah menjaringkan 27 gol karier untuk kelab dan negara. Dan gol semalam memang luar biasa, menjadi gol kemenangan dalam aksi intensiti tinggi.

Sudah diberitahu

Kimmich mendedahkan bahawa beliau dan rakan rakannya telah diberitahu oleh jurulatih mereka tentang kecenderungan Roman Burki ketika menjaga gawang.

Di mana penjaga gol tersebut kerap keluar dari garisannya dan mara ke hadapan. Oleh sebab itu Kimmich telah cuba melakukan lob.

Dengan harapan ia akan memerangkap Burki. Dan kali ini beliau ibarat menang jackpot.

Perkara yang sama dikatakan oleh Thomas Muller selepas tamat perlawanan.

Muller berkata: “Burki selalu keluar ke depan. Mungkin kerana tangannya tak cukup panjang.”

“Jadi dengan dia mara depan, satu atau dua langkah, dia akan menutup ruang.”

Joshua Kimmich kemudian menyatakan:
“Itu adalah gol terbaik dalam karier saya – ia sangat penting,” katanya, dipetik di laman web rasmi Bayern.

“Kami telah diberitahu [oleh jurulatih] sebelum perlawanan bahawa Burki seringkali berdiri di depan garisannya.”

Dortmund tidak dapat membalas gol Kimmich dan kini sedang berada defisit tujuh mata di belakang pendahulu Bayern – dengan hanya enam perlawanan untuk dimainkan.

Muller bangga dengan kemenangan kali ini. Dan beliau menyatakan seluruh pasukan telah mempersiapkan diri mereka sepanjang minggu untuk perlawanan Der Klassiker.

Bekas pemain Bayern, Mats Hummels pula berkata, tiada apa yang boleh mereka lakukan.

Kerana ternyata kadangkala perlawanan seperti yang mereka lalui akan dilerai dan dibezakan oleh individual brilliance. Dan Joshua Kimmich telah melakukannya.

Pemain tengah Dortmund, Emre Can menyatakan mereka kena realistik di mana ketika ini mereka berada 7 mata di belakang Bayern.

Sambil Can menyeru rakan rakannya untuk cuba fokus dan cuba untuk memenangi kesemua baki perlawanan mereka.

Jelas sekali Bayern kini berada pada landasan dan mengawal situasi kejuaraan liga

Baca yang lain