King Of Pressuring Piala Dunia 2022, Ounahi Bakal Sertai PSG, Achraf Hakimi Mainkan Peranan Penting

Masih ingat dengan nama Azzedine Ounahi? Pemain yang membuatkan Luis Enrique terpegun dengan prestasi cemerlangnya.

Ketika itu Enrique sangat kagum dengan Ounahi walaupun dia tak tahu nama pemain itu dengan hanya merujuk nombornya.

Dia menyatakan Maghribi memang memiliki beberapa pemain berbakat termasuk Yassine Bonou, Hakim Ziyech, Achraf Hakimi, Romain Sais, En-Neysri dan Sofyan Amrabat.

Namun satu pakej kejutan pada malam itu adalah pemain berjersi no.8. Enrique tidak pasti siapakah nama pemain itu.

Pemain muda itu sebenarnya bernama Azzedine Ounahi. Dia sudah membuat lebih 10 penampilan untuk negaranya setakat ini.

Pemain berusia 22 tahun itu kini bermain bersama Angers SCO di Perancis. Bekas kelab Nwakaeme satu ketika dahulu,

Enrique berkata: “Saya sangat sangat terkejut dengan pemain no.8 mereka. Maaf saya terlupa namanya.”

“Ya Tuhanku, dari mana budak ni datang ye. Bermain dengan sangat bagus, mengejutkan saya. Namun dia adalah satu nama yang kami tak begitu waspada sebelum ini.”

Dalam perlawanan tersebut, Ounahi melakukan 60 sentuhan, 32 hantaran dan berjaya mengekang ancaman daripada Pedri, Gavi malah Busquets di tengah.

Ounahi sang raja pressuring

Ounahi menjadi pemain yang paling aktif melakukan pressuring dalam Piala Dunia 2022 yang lalu. Dia memiliki corak permainan sangat dinamik seperti box to box.

Dalam satu statistik dikeluarkan berdasarkan Opta, ternyata Azzedine Ounahi adalah raja dalam pressuring.

Pressuring adalah satu disiplin menekan lawan secara individu untuk menghasilkan pressing secara berpasukan.

Salah satu kunci kejayaan Maghribi kali ini adalah kadar kerja para pemainnya. Di mana berdasarkan kuantiti keseluruhan 4 pemain mereka menduduki tangga teratas daripada top 5 carta pressuring.

Azzedine Ounahi sudah melakukan 321 pressuring. Jauh meninggalkan rakan sepasukannya, Selim Amallah.

Kenapa pressuring penting? Jepun membuktikan bahawa pressuring yang intensif akan memberikan hasil yang baik. Kerana pasukan underdog memang bergantung kepada kerajinan dan kadar kerja berpasukan.

Untuk ratio puratan pressuring dalam 90 minit, Daizen Maeda mengetuai senarai dengan  89 pressuring dalam setiap perlawanan. Diikuti rakan sepasukannya Ritsu Doan.

Amallah berada di atas Ounahi untuk carta ratio purata. Kerana Ounahi bermain lebih banyak perlawanan.

Saksikan laporan carta defensive pressure di sini:

PSG sedia tandatangani Ounahi

Relevo melaporkan, bintang Piala Dunia Maghribi, Azzedine Ounahi kini sedang dalam proses untuk menyertai PSG.

PSG sebelum ini pernah memburu N’golo Kante. Dan Ounahi dianggap pemain yang memiliki ciri ciri hampir sama. Tetapi jauh lebih muda.

Ounahi menarik minat beberapa kelab eropah lain selepas prestasi cemerlangnya di Qatar 2022.

Dia merupakan pemain muda yang beraksi untuk Angers.

Antara kelab yang sudah menyatakan minat untuk bercakap dengan Ounahi adalah Leeds dan Napoli.

Leeds United sedia membeli pemain itu dengan harga €20 juta. Mengatasi tawaran Napoli sekitar €20 juta untuk pemain itu.

Bukan itu sahaja, Ounahi turut menjadi pemain sasaran Leicester. Dianggap pemain ideal untuk kelab tersebut.

Ounahi baru sahaja bermain selama satu setengah musim bersama Angers SCO selepas menyertai kelab itu daripada pasukan divisyen ketiga Avranches.

Pemain berasal dari Casablanca itu sudah membuat 47 penampilan untuk kelabnya sejak perpindahan tersebut.

Angers kini berada di dasar liga selepas 9 kekalahan berturut turut.

PSG kemudian datang untuk memberikan saingan kepada kelab lain.

Dan pemain itu dikatakan lebih berminat menyertai PSG.

Achraf Hakimi memainkan peranan penting di dalam perpindahan tersebut.

Hakimi merupakan rakan sepasukan Ounahi di dalam pasukan kebangsaan Maghribi.

Baru baru ini Achraf Hakimi dan Kylian Mbappe menikmati percutian khas mereka dengan terbang ke Amerika Syarikat.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari