King Puji Ashaari Sebagai Bijak Dan Insan Mulia

Terengganu FC membuat naik satu video mengucapkan selamat harijadi kepada legenda mereka Ashari Samsudin.

Pemain second striker yang digelar silent killer itu memiliki naluri gol dan positioning Yang luar biasa pada peak terbaik beliau dahulu.

Pemain yang memiliki ketenangan dan kreativiti. Beliau boleh dikatakan raja di zon 14 pada satu ketika dahulu.

Post itu menarik minat bekas pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal yang memuji Ashari Samsudin sebagai pemain yang pintar dan juga seorang insan yang baik hati.

“Ashari ni dulu pemain penting dalam skuad saya setiap kali dia bermain untuk Malaysia.”

“Seorang yang bijak dan berbakat secara teknikal. Dan lebih penting dia ni insan yang ibarat permata.”

Ashari merupakan sebahagian daripada pasukan Harimau Malaya yang menjadi Juara Asia tenggara pada 2010.

Di peringkat kelab Ashari sinonim dengan negeri kelahirannya Terengganu walaupun pernah beraksi untuk pasukan Pahang.

Beliau menikmati musim terbaiknya pada 2010. Menjadi pemenang kasut emas dan sudah pastinya menjadi pemain yang menjuarai Piala AFF pada tahun tersebut.

Beliau turut membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2011.

Beliau merupakan pemain yang sangat disenangi oleh rakan dan lawan, sama ada di dalam padang ataupun di luar padang.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan