Kirk Hammett: Gitaris Legenda Yang Merentasi Dekad Bersama Wah Wah

Kirk Hammett merupakan antara gitaris rock metal yang paling berpengaruh. Selain daripada populariti Metallica, cara Kirk Hammett sendiri yang mempamerkan trash dan solo berhantu juga menjadi sebabnya.

Bagi kaki jamming dan gitaris rock di rumah, sentuhan Kirk Hammett boleh dikatakan dalam kategori berat tetapi playable. Riff dan juga bunyi effect wah wah beliau adalah ikonik kepada Kirk Hammet.

Sebelum Metallica

Hammett bukanlah anggota asal Metallica. Beliau hanya menyertai Metallica pada 1983, menggantikan Dave Mustaine yang ketika itu tidak sehaluan dengan Metallica lalu menubuhkan Megadeth.

Pada tahun 2003, beliau disenaraikan gitaris ke-11 terhebat oleh Rolling Stone – The 100 Greatest Guitarist of all Time.

Manakala dalam senarai Joel McIver dalam ranking The 100 Greatest Metal Guitarists – Kirk Hammett diletakkan dalam senarai kelima.

Hammett merupakan gitaris yang ada darah Ireland kacukan Filipina. Ayahnya orang Ireland yang turut memiliki darah English, Scottish, dan Jerman. Manakala pula ibunya orang Filipina.

Sebab tu korang tengok muka dia ada asia-asia sikit. Mujur Filipina tidak agresif sangat dalam soal peng-claim-an.

Pengaruh kepada muzik Hammett adalah daripada abangnya iaitu Rick. Ketika Kirk masih kecil, beliau banyak terdedah dengan muzik Jimi Hendrix, Led Zeppelin, dan UFO – yang merupakan artis pujaan Rick.

Beliau mulai aktif bermain gitar pada usia 15 tahun. Beliau rapat dengan Les Claypool anggota band Primus, ketika mereka di sekolah menengah.

Daripada inilah minat Kirk Hammett kepada gitar semakin kuat. Kirk pernah berkongsi kisah bagaimana beliau juga tergilakan Fender Stratocaster dan Gibson Flying ketika masih remaja.

Ini kira gitar spek bangsawan la ni. Namun Kirk berusaha menyimpan duit dan bekerja di tempat seperti Burger King serta menjadi pencuci pinggan. Semua ini kerana nak beli gitar dan speaker Marshall.

Pada 1980, Kirk mulai menerjunkan dirinya kepada genre metal sepenuh masa. Ketika itu memang zaman metal. Dan Kirk menubuhkan Exodus bersama-sama dengan Paul Baloff (vokalis), Gary Holt (gitar), bassist Geoff Andrews, dan drummer Tom Hunting.

Dua tahun kemudian, Exodus mengeluarkan demo tape mereka. Kumpulan mereka ni sangat cepat meningkat naik di kalangan pengikut metal di sekitar Amerika Syarikat.

Exodus dijemput oleh Metallica sebanyak 2 kali untuk menjadi watak pembuka persembahan mereka. Dari sinilah Kirk mulai rapat dengan geng-geng Metallica ini.

Dipanggil Metallica

Pada musim luruh, 1983, Kirk Hammett menerima panggilan telefon daripada Metallica.

Metallica menyatakan Kirk Hammett dijemput untuk audition menyertai mereka. Ketika itu Metallica dibarisi oleh James Hetfield, Lars Ulrich, dan Cliff Burton serta, of course la Dave Mustaine.

Mereka bertanya kepada Kirk, mahu tak beliau mencuba nasib untuk menggantikan Dave Mustaine yang disingkirkan daripada kumpulan kerana anggota lain dah tak tahan dengan kelakukannya.

Menariknya, Metallica membiayai tiket penerbangan Hammett daripada rumahnya ke New York. Memang dah nampak harapan dah tu.

Metallica tak memerlukan banyak penilaian. Dikatakan, hanya dengan percubaan pertama, Kirk Hammet terus lulus selepas beraksi cemerlang dalam ujian dengan bermain Seek & Destroy.

Kirik Hammett mendedahkan, Cliff telah membuatnya terkesima apabila pada hari itu, legenda itu membandingkan Kirk Hammett dengan Michael Schenker serta Ritchie Blackmore – yang merupakan idola kepada Kirk Hammet.

Ketika menyertai Metallica, Kirk Hammett diberikan peluang untuk mempersembahkan beberapa ciptaannya. Ia memberikan lebih keyakinan kepada Hammet.

Salah satu sebabnya adalah, Metallica tidak mahu Metallica ada bunyi Mustaine lagi.

Aksi Mustaine dan Hammett

Memang dah macam kena sangat dah Metallica dan Hammett ni.

Terus meluncur bersama Metallica

Pada 1984, Hammett memasukkan style beliau sendiri dalam album Ride the Lightning serta Master of Puppets pada 1986. Dua album yang dianggap antara album metal terbaik sepanjang zaman.

Cliff Burton, Kirk Hammett, Lars Ulrich and James Hetfield of Metallica on 4/5/86 in Chicago, Il. (Photo by Paul Natkin/WireImage)

Metallica naik mendadak dan menjadi band kelas A. Namun Metallica dirundung tragedi di mana Cliff Burton meninggal dunia ketika pertengahan tour mereka pada 1986.

Ia memberikan impak sangat besar kepada Metallica. Cliff Burton boleh dikatakan orang paling penting ketika itu di dalam Metallica. Bukan sahaja kerana bakat muziknya, namun kerana karismanya.

Metallica hampir berkubur, meratapi pemergian Burton. Tetapi mereka akhirnya memilih untuk bangkit kembali dan berjaya mendapatkan Jason Newsted untuk menggantikan Burton.

Line up baharu ini berjaya menghasilkan 2 mega hit album iaitu And Justice for All pada 1988 dan self-titled pada 1991. Sedap ada lagu Nothing Else Matters.

Metallica tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menghasilkan beberapa lagi album pada pertengahan 90-an; Load (1996),  Reload (1997), Garage Inc (1998),1999’s S&M (1999).

Metallica mulai menjadi pengaruh besar kepada mat metal di seluruh dunia. Termasuk dari segi gaya, muzik, pakaian, serta imej Hammett dengan eye liner serta kuku yang diwarnakan.

Riff dan solo gitar Hammett yang dihamornikan dengan James Hetfield. Lagun Enter Sandman, antara yang paling popular dalam sejarah Metallica, dan bunyi riff itu adalah milik Kirk.

Kirk menyerlahkan karakternya

Ketika meniti kegemilangan era pertengahan 90-an Kirk Hammett secara perlahan-lahan keluar daripada gaya blues Jimi Hendrix kepada dirinya sendiri.

Ini termasuk dengan sentuhan gitar 6 tali yang dihasilkan oleh ESP.

Kirk pernah membuat pengakuan, 6 bulan sebelum rakaman penuh album Kill Em All, beliau mengambil kursus gitar secara peribadi dengan Joe Satriani.

Bukan biasa-biasa gurunya itu, yang juga guru kepada Steve Vai.

Kirk menyatakan kekaguman beliau kepada Satriani yang boleh bermain banyak gaya termasuk jazz, blues, dan klasik.

Walaupun Kirk Hammett telah merentasi banyak dekad dalam kariernya, namun beliau mesti ada effect gitar wah wah bersamanya.

Pada 2008, Jim Dunlop bekerjasama dengan Kirk Hammett untuk mengasilkan pedal Wah-Wah KH95. KH tu merujuk kepada nama siapa? Kau tahu kan.

Effect kegemaran Kirk Hammett:

TC Electronic G-Major 2 effects processor
Boss NS-2 Noise Suppressor
Dunlop KH95 Kirk Hammett Signature Crybaby
Ibanez Tube Screamer (Keeley modified)
DigiTech Whammy WH-1
Line 6 DL4 Delay Modeler
Line 6 MM4 Modulation Modeler
Shure UR-4D Wireless Receiver
GCX Audio Switcher
Voodoo Lab Ground Control Pro floorboard
DBX 1074 Quad Gate
MXR Eddie Van Halen Flanger
MXR Bass Octave Deluxe
DigiTech Space Station
ToneBone Hot British Tube Distortion

Aksesori kegemaran bang Hammett

Ernie Ball “Power Slinky” strings (.11-.48)
Jim Dunlop Dunlop Jazz III Kirk Hammett(green)
Levy Custom Straps
Peterson Strobe 420 Tuner
Bridge position: EMG 81

Itulah serba sedikit tentang kisah Kirk Hammett. 18 November adalah harijadi beliau.

Rujukan:

IMDB
All Music
Wiki

Baca yang lain