Kisah Adam Gemili & Katarina Tetap Menamatkan Perlumbaan Walaupun Cedera Dan Kesakitan

Pelari 200m Britain Adam Gemili menangis ketika tercedera dalam acara 200m. Adam ketika itu bersaing dalam saringan namun tidak dapat meneruskan lariannya kerana kesakitan di bahagian hamstring.

Kecederaan itu berlaku ketika sesi memanas badan sebelum saringan. Adam Gemili merupakan harapan pingat untuk Team GB. Beliau pernah menjadi kapten untuk pasukan balapan Britain di Rio 2016. Dianggap antara atlet terbaik Britain dalam olimpik kali ini.

Karier Adam Gemili memang banyak dibayangi kecederaan. Namun dia berjaya cergas sebelum Tokyo 2020 dan berharap akan dapat bersaing pada kali ini.

Beliau hampir memenangi pingat di Rio 2016, hanya dibezakan dengan mili saat dan photo finish. Itulah yang ingin ditebus Adam kali ini. Beliau merasakan Rio 2016 adalah satu kesakitan dan motivasi baginya. Salah satu detik yang sukar di dalam kariernya.

Malangnya Adam sekali lagi mengalami kecederaan di atas trek. Lebih malang, Adam cedera sebelum berada di garisan permulaan.

Teruskan saja!

Adam kemudian memutuskan untuk memulakan perlumbaan dan menamatkannya. Beliau hanya mampu berjalan dan diiringi oleh air mata.

Lima tahun Adam menantikan detik Olimpik tiba kembali, tidak disangka kali ini ceritanya lebih sedih daripada kegagalan memenangi pingat dengan beza mili saat di Rio.

“Larian terakhir sebelum saya memulakan larian dan masuk ke ‘call room’ untuk mengesahkan penyertaan. Pada blok terakhir sebelum perlumbaan, saya yakin akan dapat bersaing tanpa masalah.”

“Tetapi kesakitan itu tiba tiba ada di bahagian hamstring. Saya harus mencuba untuk melawannya. Namun selepas itu saya merasai kesakitannya yang sangat sakit.”

“Saya kemudian memberitahu pegawai fisio saya, ayuh balutkan sahaja dan biarkan saya cuba memaksa diri untuk memulakan perlumbaan. Saya berkata, sekurang kurangnya kita mencuba. Namun saya tidak mampu memberitahunya terus.”

“Jarang sekali berlaku, itu bukan kejang otot tetapi ada otot yang koyak. Saya tak percaya sama sekali ini akan berlaku.”

Gemili berada dalam saringan yang dimenangi oleh pelari remaja yang memecahkan rekod junior Usain Bolt iaitu Erriyon Knighton.

Gemili memutuskan untuk terus berjalan menuju ke garisan penamat. Dia menamatkan acara itu lebih daripada 1 minit untuk larian yang biasanya di bawah 20 saat.

Dalam aksi final De Grasse dari Kanada memenangi acara tersebut, menepati ramalan semua.

2 lagi pingat milik AS menerusi Bendarek dan juga Noah Lyle. Sementara Erriyon Knighton berada di tangga keempat.

Ianya sakit namun saya bersyukur

Ada kemudian mencoret di Facebooknya: “Sangat sukar untuk mencari kata kata yang tepat untuk menyimpulkan emosi saya selepas [apa berlaku] hari ini.”

“5 tahun lamanya bekerja keras, dan ianya hilang dalam sekelip mata. Tidak mampu keluar dan bersaing dengan sebaiknya, sesuatu yang menyakitkan.”

“Walaubagaimanapun, saya rasa bersyukur kerana menerima banyak kata kata positif daripada kamu semua di luar sana. Saya membaca setiap satu daripadanya – dan saya ingin mengucapkan terima kasih, tulus dari hati saya.”

“Perjalanan menuju kejayaan tidak pernah ada jalan terus sekali jalan. Saya berjanji, saya akan bangkit bermula dari sini.”

Selepas insiden Adam Gemili, Team GB dikejutkan dengan kecederaan sekali lagi melibatkan atletnya.

Semangat Katarina

Katarina Johnson-Thompson mengalami kecederaan ketika sedang alam perlumbaan 200m bagi acara heptathlon.

Seperti Adam, Katarina bangkit dan menamatkan perlumbaan dengan terhincut hincut. Katarina awalnya diminta keluar daripada trek oleh pegawai perubatan, namun dia menolaknya dan mahu menamatkan dahulu perlumbaan. Dia menamatkan lariannya namun dia tahu bahawa ianya akan dibatalkan.

Katarina berdepan dengan isu kecergasan kerana kurangnya aksi pemanas badan sebelum Olimpik. Hal ini kerana beliau banyak berehat kerana kecederaan buku lali.

Doktor mengesahkan kecederaan kali ini adalah di pergelangan kaki. Katarina sudah melakukan segalanya untuk sampai ke Tokyo.

Semangat Adam dan Katarina ini memang luar biasa. Sudah beberapa atlet sebelum ini melakukan perkara yang sama. Kerana bagi mereka, mereka datang ke olimpik untuk menamatkan perlumbaan dan bukan sekadar untuk memulakannya. Itulah semangat olimpik yang sebenar.

Kisah ini pastinya mengingatkan kita kepada Liu Xiang. Legenda lari berpagar China.