Kisah Adil Rami Dan Jersi Ronaldo Yang Menarik

Siapa yang tidak mahu memiliki jersi Cristiano Ronaldo. Ini termasuk sesama pemain profesional.

Namun Adil Rami ada satu kisah menarik untuk dikongsi tentang jersi Ronaldo.

Rami menyatakan dia selalu meminta jersi Ronaldo setiap kali mereka bertemu di atas padang. Dan menariknya bintang Portugal itu sentiasa melayan permintaannya.

“Kalau la nak cerita pasal [nilai memiliki] jersi Messi Ronaldo, saya boleh beli sebuah villa di Los Angeles.”

“Untuk kali pertama saya sendiri pergi ke arah Ronaldo, dan dia menerima permintaan saya dengan mudah.”

“Dan kami bertemu sekali lagi, dan saya minta sekali lagi jersinya. Dia pun memberikannya sekali lagi.”

“Yang lebih saya kagumi, dia sentiasa menerima jersi saya sebagai tukaran.”

Rami kemudian berkongsi detik Ronaldo agak bengang dengan Rami yang meminta jersinya dalam ketika pasukannya kalah.

“Ada sekali kami bermain menentang Real Madrid dan kami menang. Dan macam biasa saya meminta jersinya.”

“Dia gelakkan saya, dan bertanya, berapa banyak jersi dia yang saya nak sebenarnya. Tetapi tetap juga dia memberikannya [selama ini].”

Rami sedar tindakannya itu agak mengganggu Ronaldo. Dan agak tak kena masa.

Rami ingatkan dia tak akan dapat jersi Ronaldo. Tetapi mengejutkan apabila superstar Madrid itu mencari dia sendiri di bilik persalinan untuk menyerahkan jersinya.

“Akhirnya, saya tak meminta jersinya [takut dia benar benar rimas]. Tetapi saya lihat dia sendiri menghantar jersinya kepada saya di bilik persalinan dengan wajah yang sangat terganggu.”

Rami kemudian mendedahkan selepas itu setiap kali ada perlawanan di antara beliau dan Ronaldo, pemain Portugal itu akan sentiasa menawarkan jersinya kepada Rami.

“Selepas itu dia akan call saya, atau datang sendiri kepada saya selepas tamat perlawanan, nak bagi jersi.”

“Dia kadangkala menunggu saya di satu tempat untuk memberikan jersinya kepada saya dan mengucapkan selamat maju jaya kat saya”

“Sangat terpuji!”

Pada usianya 35 tahun Ronaldo masih beraksi di peringkat tertinggi.

Terbaru beliau dikaitkan dengan kepulangan semula yang sensasi ke Man United.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan