Kisah Alex Ferguson Puas Hati Didenda £10,000 Sebab Kutuk Baju ‘Sampah’ Ini

Sir Alex Ferguson pernah didenda oleh kelab gara-gara menukar jersi pada separuh masa kedua pada kira-kira 24 tahun yang lalu. Ianya salah laku melanggar kontrak dengan penaja.

Dalam aksi berhadapan dengan Southampton, Man United ketika itu ketinggalan 3-0 pada separuh masa pertama.

Fergie: Jersi kelabu adalah sampah

Sir Alex Ferguson menyalahkan jersi yang dipakai oleh United pada separuh masa pertama sebagai buruk dan sukar dilihat para pemain di atas padang.

Ketika separuh masa pertama berakhir, para pemain yang biasanya menunggu ayat panas daripada Sir Alex Ferguson, namun hari itu mereka terkejut.

Kerana Sir Alex tak marah mereka sebaliknya memarahi baju yang buruk itu dan meminta para pemainnya menanggalkannya segera.

Kitsman sudah diarahkan sedia siap siap dengan jersi baharu.

Man United masuk pada separuh masa kedua dengan jersi biru dan putih. Fergie juga menyatakan, ada ke peminat nak beli jersi buruk yang warna kelabu tu?

Gary Neville berkongsi detik itu ketika podcast Quickly Kevin.

Neville berkata: “Dia bencikan jersi tu. Namun ada sains di sebaliknya.”

“Ferguson menjelaskan para pemain tak suka dengan jersi kelabu tu.”

Neville juga mencerita kesukaran melihat rakan ketika bermain dalam keadaan panas kerana warna baju tersebut.

“Pemain tak dapat melihat antara satu sama lain dengan cepat. Susah nak melihat rakan sepasukan yang berada jauh ketika mereka mengangkat tangan meminta bola.”

“Tiada kaitan pun dengan ‘sial’ ke apa.”

Lee Sharpe pernah mengakui bahawa para pemain terlalu sukar nak melihat satu sama lain.

“Saya tak pasti jika ada pemain lain yang menyebut pasa benda tu kepada coach. Secara peribadi saya rasa itu sebab kami bermain teruk sekali.”

Selepas Man United bertukar jersi, Neville menyatakan mereka akhirnya mendapat rentak permainan dan hantaran mereka lebih tepat.

United gagal bangkit daripada ketinggalan, namun mereka berjaya mendapatkan gol pada separuh masa kedua.

Le Tessier: Alasan je tu

Pemain Southampton, Matt Lee Tessier ketawa mendengar alasan Fergie dan berkata, “Itulah alasan paling teruk di dalam bola sepak yang pernah saya dengar.”

“Kami benar benar mengajar mereka pada separuh masa pertama. Saya ingat lagi hari tu, mereka mendapat gol saguhati pada lewat perlawanan dan ianya tiada kaitan langsung dengan warna jersi itu.”

Namun Fergie sebenarnya ada hujah sokongan kenapa beliau bencikan jersi itu. Hari itu merupakan kali kelima mereka memakai jersi kelabu itu, dan kesemua lima perlawanan itu mereka gagal menang.

United ketika itu pada musim 1995/96 mencatatkan 4 kekalahan dan satu seri dek kerana  jersi dibenci Fergie itu.

Selepas itu, di bawah era Fergie, tidak ada lagi jersi yang dianggap sampah oleh beliau itu. Sehinggalah musim 2017/18, di mana United kembali dengan rekaan kelabu tersebut.

Akibat daripada kecaman Sir Alex Ferguson, jersi tersebut dilelong oleh Umbro menjadi £10 sahaja. Yang membuatkan  ramai fans United ketika itu marah kerana sudah membelinya dengan harga lebih mahal.

Dan Gary Neville menjelaskan, Sir Alex memang suka memberikan alasan yang pelik apabila beliau melihat para pemainnya sedang dalam prestasi murung.

Neville: Memang Fergie sengaja cari alasan

Gary Neville sangat kenal dengan tok gurunya itu. Walaupun Fergie tak pernah menyebutnya di hadapan mereka.

Ini kerana, menurut Neville beliau sengaja nak mengalihkan perhatian media supaya menulis benda lain selain daripada para pemainnya.

Media pastinya berusaha untuk mencari bahan menghentam para pemain United. Dan apabila isu jersi itu keluar, maka orang akan beralih sedikit pandangan kepada jersi tersebut.

Neville menegaskan, itulah Sir Alex Ferguson yang merupakan  pakar perang saraf.

“Apabila ada antara kami yang melakukan kesilapan, beliau akan cuba melakukan sesuatu melindunginya.”

“Beliau adalah pakar dalam mengalihkan perhatian, untuk mengalihkan perhatian media daripada para pemain.”

Kekalahan itu juga membuatkan persaingan liga kembali terbuka di antara United dengan Newcastle. Oleh itu Fergie mahu para pemainnya tidak diganggu oleh media.

Namun United mengakhiri musim dengan kejuaraan liga selepas menang baki 3 perlawanan.

Ferguson ketika ditanya, apa komen beliau kerana didenda £10 ribu gara-gara kontroversi menukar jersi pada separuh masa kedua?

Fergie berkata: “Itulah £10,000 terbaik yang pernah saya belanjakan.”

Jersi kelabu itu mungkin buruk di mata Fergie, namun di mata kolektor jersi, kisah sebegini akan membuatkannya menjadi mahal.