Kisah Ali Dia Scam Southampton: Klaim Dirinya Pemain Kebangsaan Senegal & Sepupu George Weah

Ali Dia pernah menikmati kerjayanya di Liga Perdana Inggeris  dengan Southampton pada tahun 1996.

Namun, dia hanya membuat satu penampilan. Atau lebih tepatnya, dia bermain selama 53 minit sahaja.

Southampton sebenarya telah benar benar tertipu dengan mulut manis Ali Dia. Di mana Ali Dia menyatakan dia ada hubungan rapat pemenang Ballon d’Or George Weah ketika meminta menyertai trial pasukan.

Dia mengaku Weah adalah sepupunya!

Kalau menurut pengklaiman Dia, maka hari ini sepupunya adalah presiden Liberia!

Walaupun Weah sendiri sebenarnya tidak mengenalnya. Tapi Ali Dia menyatakan dia mendapat sokongan daripada sepupunya itu untuk menyertai Southampton.

Bukan hanya itu, Ali Dia juga mengatakan bahawa dia adalah sebahagian daripada pemain skuad pasukan kebangsaan Senegal. Sekali lagi, itu adalah penipuan daripada Dia.

Graeme Souness adalah pengurus Southampton ketika itu dan mangsa penipuan hidup hidup Ali Dia.

Souness pada masa itu terdesak mencari pengganti Matt Le Tissier yang cedera. Oleh kerana tidak ada pemain lain lagi, Sounes memberikan peluang kepada Dia menyertai trial mereka.

Lebih mengejutkan, Dia bermain gagal bermain dengan baik di sesi latihan 5 vs 5.

Tetapi Souness tidak cukup pemain ketika itu kerana krisis kecederaan untuk beliau mengadakan sesi 8 vs 8 yang membuatkan mereka memutuskan untuk mendaftarkan Dia dalam pasukan untuk aksi berikutnya.

“Dia muncul, dan anda tahu dalam lima minit pertama permainan – walaupun ia adalah permainan kecil lima lawan lima – dia jelas pemain muda boleh bermain atau tidak,” katanya kepada Sky Sports.

“Jadi, pada lima minit pertama hari Isnin pagi, kami mengatakan bahawa dia bukan untuk kami. Dia tidak mempunyai harapan.”

“Tetapi kami tidak mempunyai cukup pemain untuk bermain lapan lawan lapan. Oleh itu, kami memilih untuk mengekalkannya selama satu minggu, dan dalam tempoh itu beberapa orang lagi pemain kami mengalami kecederaan, “sambungnya.

Ali Dia diberikan debut

Kemudian, Souness menceritakan tentang saat di mana dia terpaksa menurunkan Ali Dia.

Pada masa itu, Southampton harus menghadapi Leeds dan kekurangan sengat di sektor depan.

“Matt adalah satu-satunya penyerang yang sesuai untuk kami. Semuanya adalah kerana Matt kerana dia hanya bertahan selama 20 minit! Saya melihat ke bangku simpanan dan berfikir, ‘apa yang dapat kita lakukan?’,” katanya.

Matt Le Tissier yang dianggap legenda Southampton ketika itu mengalami kecederaan ketika permainan telah berjalan selama 32 minit. Souness tidak mempunyai pilihan selain memberikan peluang kepada Ali Dia.

Aksi Ali agak teruk. Sangat teruk sehingga Souness terpaksa mengeluarkannya semula pada minit ke-85.

Mana tidaknya, Ali Dia tak boleh mengawal bola. Terpinga pinga ketika menunggu bola. Tidak boleh menyepak dan menghantar bola dengan betul.

Apa yang ada pada hari itu hanyalah satu jenaka. Ketika itu Souness sedar dirinya baru dipermainkan.

Dan selepas itu, dia hanya menjadi pelengkap skuad Southampton.

Le Tissier menyatakan peristiwa buruk menimpa sejarah kelabnya itu adalah kerana ‘salahnya’.

Le Tissier turut mengibaratkan Ali Dia hanyalah seperti seorang pemuda yang baru sahaja memenangi c0ntest untuk mendapatkan hadiah berlatih dengan Southampton.

“Saya rasa dia memenangi pertandingan untuk berlatih bersama kami. Jadi ini adalah kesilapan saya. Saya digantikan oleh pemain terburuk yang pernah muncul di Liga Perdana,” katanya.

Apa yang pasti Ali Dia adalah legenda di arena penipuan. Di mana dia berjaya menipu satu pasukan Southampton yang dikenali dengan pentadbiran sistematik.

Hanya dengan memetik nama Weah dia berjaya memperdayakan mereka.

Southampton yang dalam keadaan terdesak dan sangat ‘parah’ ketika itu telah diambil kesempatan oleh seorang anak muda Senegal yang entah dari mana datangnya.