Jika dalam beberapa bulan ini kita membincangkan tentang pemain masuk mengambil penalti dan kemudian mereka tertekan lalu gagal.
Di kem England pada Euro 2020, Sancho, dan Rashford dimasukkan semata mata untuk mengambil penalti.
Hasilnya, mereka gagal. England kalah dalam penentuan penalti, dengan Saka menyertai mereka dalam senarai gagal.
Alan Shearer menganggap pertukaran khas dibuat Gareth Southgate dengan memasukkan Rashford dan Sancho adalah satu kesilapan.
Shearer berkata: “Itu adalah permintaan yang sangat besar. Kamu memasukkan dua pemain dengan hanya seminit sahaja tinggal aksi di atas padang dan berkata kepada mereka: ‘kamu berdua akan mengambil penalti untuk kita’.”
Alan Shearer: “It’s a big ask to put two players [Rashford & Sancho] on with a few minutes to go and ask them to take penalties. It’s big pressure when they’ve not kicked a ball. It’s a big ask. Mentally you have to get yourself right. You’ve not kicked a ball for a few hours.” pic.twitter.com/DjrkTCIhBf
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) July 11, 2021
“Pemain kamu memang sudah dalam tekanan, dan kamu meletakkan tekanan tambahan kepada pemain yang langsung tidak merasai bola atau bola sepak pada malam itu, tidak terlibat dalam perlawanan langsung.”
“Dan kamu meletakkan mereka dalam situasi itu, meminta sesuatu yang besar.”
Namun Rio Ferdinand tidak setuju dengan Alan Shearer. Di mana menurut Ferdinand bahawa sudah dari dulu lagi ada pengurus yang memasukkan pemain hanya untuk tugasan penalti.
“Itu sudah berlaku lama dah, ramai pengurus yang memasukkan pemain untuk tugasan penalti.”
“Mungkin tak selewat ini, tapi biasanya memang hujung hujung sebelum penalti, dalam 5, 4, atau 3 minit sebelumnya. Pemain pemain ini masuk ke padang untuk mengambil penalti sebab mereka memang sudah dikenali sebagai pelaksana penalti.”
“Rashford memang dikenali sebagai pelaksana penalti di Man United. Perkara seperti ini [gagal sempurnakan penalti] memang biasa. Kita tengok beberapa tahun kebelakangan ini, ramai pemain nama besar yang gagal menyempurnakan penalti.”
“Mereka ini pemain muda, kalau imbas kembali ke masa lalu, pemain nama besar, Roberto Baggio misalnya, pun gagal sempurnakan penalti.”
Shearer membalas balik jawapan Ferdinand itu dengan berkata: “Maksud saya, apabila kamu tidak memainkan peranan besar dalam temasya ini Rio, ataupun dalam perlawanan ini. Kemudian kamu dimasukkan dan meminta kamu melakukannnya seminit sebelumnya.”
Rio Ferdinand stepped in to disagree…https://t.co/VqFn7nmOpt
— Man United News (@ManUtdMEN) July 11, 2021
“Secara mentaliti, kamu harus memastikan kamu benar benar dalam situasi yang tepat. Kamu tak sepak bola langsung dan duduk bersandar selama 3 jam.”
Mark Noble terciduk
Kemudian minggu lalu, Mark Noble yang berpengalaman luas dan pengambil penalti yang sangat boleh harap, juga dimasukkan pada saat akhir untuk tugasan penalti.
Tertekan, dan dia pun gagal. Penalti diselamatkan David De Gea dengan cemerlang.
Namun tidak semua pemain yang masuk sebagai pemain gantian dan diberikan tugasan penalti itu tidak mampu berdepan tekanan.
Anderson rakus dan bernafsu
Pada 2008 misalnya, pemain Man United Anderson telah dimasukkan pada aksi final UCL, dan sentuhan pertamanya adalah penalti pada penentuan penalti.
Dia dengan yakin muka rakus dan gersang merembat deras bola mengatasi Petr Cech.
Anderson sangat tenang dalam keadaan tersebut. Itu adalah malam final, dan tekanan sangat kuat.
Pemain yang beraksi 8 musim untuk Man United itu mengingati malam itu dengan jelas. Kerana dia hampir sahaja tidak terlibat langsung dalam aksi final itu.
Pada minit akhir masa ekstra, Sir Alex memutuskan untuk memasukkan pemain ofensif menggantikan pemain pertahanan. Ya, untuk penalti.
Wes Brown dikeluarkan pada masa itu untuk memberikan laluan kepada Anderson. Yang ketika itu baru berusia 20 tahun. Dia sudah memiliki mentaliti yang sangat kuat.
Ramai menganggap tindakan Sir Alex itu sebagai hilang akal. Tetapi dalam buku autobiografinya, Sir Alex menyatakan dia sentiasa percaya dengan pemain Brazil dalam perlawanan besar.
“Saya sentiasa menghormati pemain pemain bola sepak dari Brazil. Beritahu saya nama pemain Brazil yang tidak beraksi cemerlang dalam perlawanan besar?” soal beliau, kerana sangat sedikit pemain Brazil yang tak perform pada aksi aksi besar seperti final UCL.
“Mereka memang ditakdirkan untuk perlawanan besar besar macam ni. Mereka ada kualiti istimewa: Rasa bangga dalam diri mereka, sangat percaya kepada diri sendiri.”
Anderson pernah berkongsi perkara itu dengan Radio Grenal pada 2017. Dia menegaskan, dia dimasukkan semata mata untuk mengambil penalti.
“Saya dimasukkan untuk mengambil penalti. Saya tak menyentuh bola langsung sebelum itu. Saya duduk di bangku simpanan, kemudian Giggs memandang kepada saya lalu berkata: “Biarkan Anderson ambik satu penalti.”
“Saya pun mengambil bola itu dengan banyak perasaan dalam diri saya. Itu adalah perjalanan paling jauh dalam hidup saya [dari tengah padang ke titik penalti].”
“Saya memegang bola, dan tipulah kalau saya tak gugup. Saya benar benar menggeletar masa tu, sangat takut sebab kisah kelab dan penyokong kami akan ditentukan masa tu.”
“Saya pergi ke arah bola, ambil bola, tengok penjaga gol yang berbadan gergasi. Cech mendepakan tangannya, saya berkata dalan hati, aduh aku disetubuhi [terjemahan langsung I’m f*****].”
“Lalu aku bertekad untuk merembat deras, tutup mata berdoa agar bola tu masuk.”
20 years old. Champions League final. Subbed on in injury time. First touch of the game.
— Jay Motty (@JayMotty) September 20, 2021