Kisah Anish Kapoor Menjadi Pemilik Eksklusif Warna Terpaling Hitam Vantablack Yang Kontroversi

Tahukah anda, ada warna yang terpaling hitam di dunia ini. Dan ianya hanya boleh digunakan oleh seorang sahaja kerana sudah dipatenkan dan dihak milik peribadi oleh seseorang.

Pada 2016, seorang artis atau seniman Anish Kapoor telah mengumumkan tentang warna hitam yang ditemuinya disebut vantablack. Dan dia mengesahkan warna hitam itu miliknya dan hanya boleh digunakan dia seorang sahaja.

Jika anda berminat dengan warna hitam legam yang teramat itu, anda hanya boleh datang ke galeri pameran arca dan seni Anish Kapoor.

Anish Kapoor merupakan pemenang Anugerah Turner pada 1991 dan menjadi artis seni pertama yang mengadakan pameran solo di Royal Albert Hall London pada 2009.

Kegilaan Kapoor kepada seni visual yang melampau telah membuatkan dia mencipta kontroversi dengan vantablack.

Pada 2014, Surrey NanoSystems mengeluarkan material bernama Vantablack yang dianggap warna terpaling hitam di dunia. Ianya menyerap 99.65% cahaya.

Tahun yang sama Anish Kapoor mulai menggunakan vantablack untuk kerja seninya.

Dua tahun kemudian dia membeli hak eksklusif vantablack sebagai harta dia sahaja selepas mencapai kesepakatan dengan Surrey NanoSystems.

Tindakan Kapoor itu ditentang ramai artis yang menganggap dia telah merampas hak seniman lain yang mahu menggunakan warna itu. Lagipun warna itu sebenarnya bukannya dihasilkan oleh Anish Kapoor sebaliknya Surrey NanoSystems. Lagipun ramai artis menganggap vantablack boleh memberikan impak yang mendalam dari segi emosi dalam karya seni mereka kerana ianya terlalu hitam legam.

Di antara ramai seniman yang membantah tindakan Kapoor itu muncul nama Stuart Semple yang telah menghasilkan warna merah jambu paling pekat disebut Pinkest Pink.

Bezanya, dia semua artis di dunia boleh mendapatkan sampel warna itu secara terus daripadanya, dan kemudian bebas untuk menggunakannya atau menghasilkan semula, kecuali Anish Kapoor.

Dalam deskripsi produk, Semple menulis ikrar pembelian: “Dengan menambah produk ini dalam bakul belian, anda mengesahkan anda bukan Anish Kapoor, atau rakan kongsi Anish Kapoor, atau wakil pembeli untuk Anish Kapoor atau ada kaitan langsung dengan Anish Kapoor.

“Atas dasar ilmu yang kamu ada, informasi yang kamu dapat dan kepercayaan bahawa warna ini tidak akan sampai ke tangan Anish Kapoor.”

Semple terkejut dengan sambutan luar biasa dari kalangan artis di seluruh dunia.

“Saya mula jangkakan kami cuma dapat jual sebotol dua, namun beribu tempahan yang kami terima yang kami harus penuhi,” tegas Stuart Semple.

Semple menyatakan dia memang menghasilkan warna pinkest pink itu sebagai sindiran kepada Anish Kapoor.

Pada 2017, Stuart Semple berusaha menghasilkan warna hitam pekat. Dan ramai artis memberikan kerjasama dari segi penghasilan pigmen dan menggelapkan lagi warnanya.

Akhirnya dia mengumumkan bahawa Black 2.0 tersedia kepada orang ramai, dan polisinya sama seperti pinkest pink, hanya Anish Kapoor sahaja untuk memilikinya.

Seterusnya Stuart menghasilkan versi ketiga warna hitam legam itu kemudian diikuti “Diamond Dust,” produk yang dianggap paling bercahaya berkilauan.

Black 3.0 boleh dibeli dengan harga sekitar RM100 sahaja satu botol kecil.

Menariknya, apa yang berlaku Anish Kapoor mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah mendapatkan Pinkest Pink dalam koleksinya. Dan dia memuat naik gambar jari tengah dituju kepada Stuart Semple.

Tindakan itu membuatkan pihak Stuart mengecam Anish Kapoor sebagai memiliki produk mereka secara haram.

Baca yang lain