Kisah Atlet Sepanyol Mendorong Lawannya Untuk Menang

Pada 2 Disember 2012, atlet Sepanyol Iván Fernández Anaya bertanding dalam perlumbaan merentas desa di Burlada, Navarre.

Ketika pusingan terakhir dia agak jauh di belakang pendahulu perlumbaan Abel Mutai – pemenang pingat gangsa dalam acara lari berhalangan 3,000 meter di Sukan Olimpik London.

Ketika mereka memasuki garisan penamat, dia melihat pelari Kenya itu – yang sepatutnya menang selesa – telah memperlahankan lariannya. Ini kerana Abel Muai tersilap melihat tanda garisan penamat, menjangkakan dia sudah menamatkan perlumbaan.

Sedangkan dia masih berada kira-kira 10 meter dari garisan penamat.

Fernández Anaya meningkatkan lariannya dan mengejar pelari itu, namun bukan mengeksploitasi kesilapan Mutai. Sebaliknya dia datang merapati Mutai dan memberitahu pelari itu masih ada beberapa meter lagi di hadapan untuk dia tamatkan perlumbaan.

Dia tidak mahu Mutai dipintas oleh pelari lain. Sambil dia melihat lihat ke belakang.

Malang sekali Fernandez tidak pandai berbahasa Inggeris dan bercakap dalam bahasa Sepanyol. Abel pula tidak faham apa yang cuba diperkatakan Fernandez.

Lalu pelari Sepanyol itu memberikan isyarat, ‘pergi teruskan’, dia telah mendorong Abel Mutai sehingga untuk menamatkan perlumbaan. Dia kekal berada di belakang pelari itu untuk kekal berada di tannga kedua.

Abel Mutai akhirnya faham bahawa lawannya itu telah memberitahunya bahawa dia masih tidak melepasi garisan penamat. Dan dia kelihatan benar benar berterima kasih kepada Fernandez.

Kejadian itu mendapat perhatian ramai. Dianggap momen sangat mengejutkan dan momen semangat kesukanan tertinggi dipamerkan.

Selepas tamat perlumbaan, Wartawan bertanya, kenapa Fernandez tidak cuba mengambil kesempatan dengan memintas Abel Mutai yang sudah hanya berlari lari anak pada masa itu. Boleh sahaja Fernandez dikenang sebagai pelari yang menewaskan juara olimpik.

Fernandez berkata: “Dia [Abel Mutai] adalah pemenang yang sah. Dia mencipta jurang yang tidak dapat saya kejar sebelum itu.”

“Saya tidak layak memenanginya,” kata Fernández Anaya, yang ketika itu berusia 24 tahun.

“Saya hanya perlu melakukan apa yang saya perlu lakukan. Dia adalah pemenang yang sah dan mutlak. Dia mencipta jurang yang sangat jauh dan dia memang berhak menang jika dia tidak melakukan kesilapan.”

“Sebaik sahaja saya melihat dia berhenti, saya tahu saya tidak akan melewati garisan penamat terlebih dahulu berbanding dia.”

Wartawan terus bertanya: “Kenapa kamu tidak pintas sahaja lawan kamu dan menjadi pemenang?”

Fernandez menjawab: “Impian saya adalah, suatu hari nanti kita akan memiliki komuniti yang berbuat baik kepada satu sama lain, dan sentiasa cuba mendorong satu sama lain untuk menang.”

Wartawan kemudian mengulangi soalannya: “Tetapi kenapa kamu membiarkan atlet Kenya itu menang?”

Fernandez menegaskan: “Bukan saya yang biarkan dia menang, dia menang sedang memenangi perlumbaan itu atas usahanya sendiri.”

Wartawan tersebut terus bengang: “Tetapi kamu ada peluang untuk menang tadi.”

Lalu Fernandez menutup perbualan itu dengan berkata: “Jika saya menang, adakah saya akan mendapat merit daripadanya? Apa nilai ada pada medal kemenangan itu? Apa yang emak saya akan kata tentang kemenangan itu?

Kenyataan Fernandez itu benar benar jujur. Dan ramai berpendapat ia bukti bahawa kebaikan boleh diwariskan kepada anak daripada ibu bapa mereka. Dan ianya bukti bahawa, ibu bapa harus mengajar anak anak mereka tentang kebaikan.

Jurulatihnya, Martín Fiz memuji tindakan atlet didikannya itu dan pada masa yang sama mengkritiknya.

“Ia adalah satu isyarat kejujuran yang sangat baik,” kata Fiz.

“Satu tindakan yang mungkin tidak akan dibuat lagi mana mana atlet lain. Atau lebih tepat lagi, tidak pernah dilakukan oleh sesiapan sahaja. Satu tindakan yang saya sendiri tidak akan buat. Saya pasti saya akan mengambil kesempatan daripada lawan saya untuk menang.”

“Saya tidak akan melakukan apa yang Fernandez lakukan tadi. Saya sudah tentu akan mengambil kesempatan daripada kesilapan untuk menang.”

Fiz berkata tindakan anak didiknya itu menjadikan dia sebagai manusia yang lebih baik walaupun bukan tindakan terbaik dari segi pencapaian sukan.

“Tindakan itu telah menjadikan dia seorang yang lebih baik tetapi bukan seorang atlet yang lebih baik. Dia telah mensia-siakan satu kesempatan untuk menang.”

“Menang sentiasa menjadikan anda lebih seorang atlet. Anda menang.”